Samsung Bakal Menggunakan Cip Exynos Untuk Komputer Pada Masa Akan Datang

Samsung telah melancarkan cip pemprosesan mercu iaitu Exynos 2100 yang digunakan pada siri Galaxy S21 beberapa hari yang lalu.

Laporan terbaru daripada TheGalox, beliau mendedahkan bahawa kemungkinan Samsung akan menggunakan cip pemproses Exynos pada komputer.

Beliau tidak mendedahkan sama ada ia akan digunakan pada komputer riba ataupun desktop. Akan tetapi, cip pemproses ini sudah pasti akan memberikan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Tambahan lagi, Samsung turut dikatakan sedang menggunakan SoC yang menampilkan GPU daripada AMD dan mereka juga sudah menjalankan kerjasama.

Selain itu, Qualcomm tidak berdiam diri kerana mereka juga sedang membangunkan cip SC8280 (pengganti Snapdragon 8cx dan 8cx Gen 2) untuk peranti yang berasaskan Windows.

Kapsyen: Snapdragon 8cx Gen 2


Walau bagaimanapun, kedua-dua cip pemproses ini masih belum disahkan bilakah ia akan dilancarkan dan kemungkinan kita dapat lihat pada suku keempat 2021.

Apa yang menariknya, Qualcomm dan Samsung sebenarnya sedang bersaing dengan cip pemproses Apple Silicon iaitu cip M1 yang menampilkan prestasi serta kecekapan tenaga sangat baik.

Sumber: TheGalox via

Foto Utama: wccftech