Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh Lipat Mereka Pada Acara "Unpacked" Nanti

Jika sebelum ini Samsung hanya mengacahkan mengenai Samsung Galaxy S10 dalam video acara Unpacked mereka, kini bayangan telefon boleh lipat mereka pula turut muncul.

Akaun Twitter rasmi mereka, @SamsungMobile telah memuat naik satu video acah baru bagi acara tersebut.



Tajuk video itu di YouTube iaitu "The Future Unfolds" juga menguatkan lagi dakwaan mengenai perkara ini.

Selain ciri dan fungsi peranti, harganya juga menjadi salah satu perkara yang ditunggu-tunggu untuk diketahui terutamanya bagi peminat Samsung.

Ini kerana beberapa minggu yang lepas, seorang pegawai Samsung sendiri telah mendedahkan bahawa peranti berkenaan tidak akan dijual dengan harga yang murah.

Acara Samsung Unpacked ini akan diadakan di San Francisco pada 20 Februari ini dan pastinya ia akan menjawab setiap persoalan kita mengenai peranti ini nanti.

 

Sumber: Samsung Mobile