Samsung Bakal Mempamerkan Projek Realiti Maya Dan Realiti Tambahan Pada MWC Bulan Ini

Teknologi realiti maya dan realiti tambahan semakin hangat dibangunkan. Jika dilihat, hampir kesemua syarikat-syarikat pengeluar peranti elektronik terkemuka dunia membangunkan peranti yang dilengkapi dengan teknologi berkenaan.

Terbaru, Samsung diberitakan akan mempertontonkan empat peranti realiti maya dan tambahan pada Mobile World Congress yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Peranti tersebut merupakan hasil yang dibangunkan dari program Creative Lab. Antara peranti yang akan dipamerkan nanti adalah:

  • Relumino - Sebuah aplikasi bantuan visual untuk peranti VR. Ia memberikan imej yang lebih jelas kepada pengguna ketika menonton. Aplikasi ini berfungsi untuk meningkatkan visual, menyusun semula imej dengan membuang  titik buta.MWC_2017_C_Lab_PR_Main_1

  • Monitorless - Sepasang cermin mata menggantikan monitor komputer dan telefon pintar anda. Apabila anda memakai cermin mata tersebut, imej akan terpapar seakan-akan ia wujud di hadapan anda.[embed]https://www.youtube.com/watch?v=iOgs2Dspbm4[/embed]

  • VuildUs - Dengan aplikasi ini anda tidak perlu bersusah payah untuk melukis, mengukur atau membayangkan sudut sesuai kedudukan perabot didalam rumah. Berfungsi menggunakan kamera 360 darjah yang dikawal menerusi aplikasi dalam telefon pintar, anda boleh susun atur perabot secara realiti maya menggunakan peranti VR.[embed]https://www.youtube.com/watch?v=HpnCOkq-R4I[/embed]

  • trVRer - Platform video 360 darjah yang mirip seperti Google Street View dan Matterport, trVRer membawa anda pergi ke destinasi yang inginkan tanpa perlu keluar rumah. Anda mampu "melancong" ke serata dunia hanya dari dalam rumah anda.MWC_2017_C_Lab_PR_Main_4


Sumber: engadget, The Verge