Samsung Bakal Lancar Cip Exynos Dengan Grafik Dari AMD Seawal Suku Kedua 2021

Pada tahun ini, kita mungkin dapat menyaksikan cip pemproses Exynos dengan grafik dari AMD. Menurut laporan terkini, gergasi teknologi Korea Selatan itu didakwa bakal melancarkan cip pemproses Exynos dengan GPU AMD seawal suku kedua atau ketiga 2021.

https://twitter.com/universeice/status/1353279839550099456?s=21

Berdasarkan ciapan Ice Universe di Twitter, cip dengan GPU AMD ini dijangka akan digunakan bagi pemproses Exynos 2xxx dan Exynos 1xxx akan datang. Sudah tentu, kedua-dua cip pemproses tersebut akan ditawarkan dengan prestasi yang lebih berkuasa berbanding sebelumnya. Ia dijangka akan menyaingi prestasi cip A14 Bionic dari Apple.

Pun begitu, tarikh pelancaran tersebut mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, belum diketahui peranti mana yang akan dimuatkan dengan cip tersebut. Juga, tiada maklumat lebih lanjut yang didedahkan mengenai kedua-dua cip tersebut.

Sumber: Ice Universe