Samsung Bakal Kemaskini Galaxy Note 7 Kepada Android Nougat Tahun Ini










Samsung sebelum ini kerap kali dikritik  kerana tidak mengemaskinikan peranti-peranti android mereka tepat pada waktunya. Gergasi elektronik berpengkalan di Korea Selatan itu bagaimanapun bakal memulakan perubahan menerusi produk terbaru mereka Galaxy Note 7. 





Menurut Korea Times, Presiden Samsung Mobile, Koh Dongjin berkata syarikat itu berharap kemaskini keatas peranti-peranti mereka kepada Android 7.0 Nougat dapat dilakukan dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang. Tambah beliau lagi, tidak semua versi akan menerima kemaskini tersebut dalam waktu yang sama. Bagi model Unlocked, ia biasanya menerima kemaskini lebih pantas kerana tidak memerlukan kebenaran dari syarikat telekomunikasi seperti di  Amerika Syarikat .





Koh turut mengesahkan laporan-laporan terdahulu bahawa Samsung bakal mempertimbangkan untuk melancarkan Note 7 di China dengan kapasiti 128GB.





Galaxy Note 7 akan meneruskan jualan di Amerika Syarikat pada 19 Ogos. Telefon bercirikan paparan QuadHD 5.7 inci, cip pemprosesan Snapdragon 820 4 teras, kamera 12megapiksel dan stilus S-Pen.