Samsung Bakal Berkerjasama Bersama Imint Untuk Fungsi Penstabilan Imej

Samsung dikhabarkan bakal menandatangani perjanjian bersama syarikat yang bernama Imint.

Sebelum penulis pergi dengan lebih lanjut, Imint adalah sebuah syarikat yang membina teknologi pengimejan. Imint itu sendiri bermaksud 'Imaging intelligence' dan kini mereka sedang membangunkan perisian 'real-time video enhancement' mereka sendiri yang diketuai oleh Andreas Lifvendahl, CEO Imint.

Perisian mereka yang digelarkan sebagai Vidhance. Vidhance menawarkan tiga jenis fungsi Video Stabilization, Live Auto Zoom dan Auto Curate. Ciri Live Auto Zoom mampu mengikuti objek yang bergerak selain daripada fungsi zoom. Manakala Auto Curate pula adalah sebuah ciri dimana setiap video panjang akan disunting kepada beberapa video pendek secara automatik.

Perjanjian antara Samsung dan Imint jelas menyatakan semua telefon pintar Samsung dikecualikan, bermakna teknologi Imint ini tidak akan hadir untuk Galaxy S8. Namun perjanjian ini mungkin akan bermaksud Samsung akan menggunakan teknologi Imint ini untuk peranti-peranti mereka yang lain seperti Gear 360, UAV atau drone (mungkin).

Kepada yang belum tahu, teknologi pengimejan Imint ini sedang digunakan oleh Huawei Mate 9 terutamanya model edisi khas Porche. Walaubagaimanapun, teknologi ini tidak hadir untuk kesemua variasi Mate 9. Model yang dibina dengan teknologi Imint ini akan diletakkan lebel 'Vidhance'.

Kami sertakan sekali video keterangan tentang teknologi yang dibawa oleh Imint.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Xh-dFtK9Bqs[/embed]

Sumber: GSM Arena, Android Authority