Samsung Akhirnya Akui Mereka Akan Menjual Set Refurbished Galaxy Note 7

Beberapa laporan muncul bulan lepas tentang khabar angin Samsung akan menjual semula Galaxy Note 7 yang ditarik semula daripada pasaran akbibat kes letupan bateri tahun lepas. Samsung Electronics mengumumkan mereka akan mengembalikan Galaxy Note 7 yang telah dibaik pulih.

Mereka juga telah menetapkan beberapa syarat dan kriteria memastikan peranti ini kembali dijual ke pasaran. Yang pertama peranti yang dijual ke pasaran haruslah dilabelkan sebagai unit 'refurbished'. Yang ke dua komponen yang boleh digunapakai haruslah dipisahkan daripada peranti untuk digunakan semula. Yang ketiga, proses seperti ekstrak logam hendaklah dilakukan dengan menggunakan kaedah mesra alam.

Kriteria yang diletakkan sememangnya dilihat sebagai langkah berjaga-jaga dari Samsung jika perkara yang sama berlaku kelak. Pihak mereka tidak pula memberitahu tentang tarikh sebenar peranti ini akan dikembalikan ke pasaran.

Kira okay jugaklah jika peranti ini dijual semula kerana mengikut pengamatan kami, peranti ini sememangnya antara peranti flagship yang berkuasa tinggi. Masalah dan punca letupan bateri dulu pun Samsung dah dedahkan ke umum, jadi rasanya tak ada masalah kot batch recycle ni. Harap harga kasi potong separuh laaa.

Sumber

 

Berkaitan