Samsung Akan Melancarkan Peranti Z2 Tizen Dalam Masa Terdekat Ini.





Khabar angin tentang telefon pintar Samsung Z2 Tizen akhirnya akan dilancarkan. Syarikat itu sedang menghantar jemputan kepada media media untuk jemputan pelancaran peranti mereka itu hari ini.



Berita Samsung Z2 ini telah tersebar minggu lepas yang menunjukkan ianya mempunyai beberapa ciri ciri baru di dalam sebuah video. Di dalam video tersebut, ianya seakan mempunyai rekaan yang agak sama dengan Z3.



Beberapa ciri yang diperlihatkan di dalam video tersebut adalah panel tepi dan camera depan yang mempunyai flash LED. Video tersebut juga telah mengetengahkan beberapa ciri seperti Ultra Data Saving Mode. Ciri yang mendapat perhatian adalah Z2 akan memiliki sokongan 4G, yang akan menjadikan ia telefon pintar Tizen pertama yang memiliki sokongan 4G.


Secara ringkasnya, Samsung telah mengeluarkan telefon Tizen pertama mereka Z1 pada Januari tahun lepas dan diikuti oleh Z3pada Oktober. Z2 akan menjadi peranti Tizen mereka yang ketiga.