Sampel Rakaman Gambar realme C3 Dan X50 5G

Beberapa minggu yang lalu, kami telah dijemput untuk ke acara realme yang akan berlangsung di Barcelona. Namun apakan daya, acara yang sepatutnya berlangsung pada 24 Februari itu terpaksa dibatalkan kerana kebimbangan wabak Covid-19.

Tetapi "pengembaraan" bersama peranti-peranti realme masih diteruskan dan kami berkesempatan untuk menguji kemampuan kamera barisan peranti dari realme ini. Jom imbas kembali spesifikasi kamera yang ditawarkan pada realme C3 dan realme X50 5G.

realme C3

  • Kamera utama 12MP

  • Kamera potrait 2MP

  • Kamera makro 2MP

  • Kamera hadapan 5MP




realme x50 5G

  • Kamera utama 64MP

  • Kamera 12MP telefoto

  • Kamera 8MP ultra lebar

  • Kamera 2MP makro

  • Kamera hadapan 16MP dan 8MP ultra lebar




Untuk tonton video kami menjelajah bersama-sama realme C3 dan realme X50 5G, boleh jengah ke saluran YouTube baru kami - Inside Wiser.