Sambutan iPhone 8 Hambar





Walaupun iPhone menjadi peranti yang ditunggu-tunggu oleh peminat saban tahun, namun tahun ini sambutan iPhone 8 kurang meriah terutamanya di Asia.

Menurut Reuters, kurang 30 orang berbaris di Apple Sydney, George Street apabila model terbaru dilancarkan hari ini.

Mazen Kourouche, seorang Youtubers yang juga turut serta dalam barisan yang beratur di luar Apple Store sebelum pelancaran berkata kepada Reuters, sambutan hambar tahun ini adalah disebabkan penambahbaikkan yang sedikit daripada iPhone 7 sebelum ini.



Di Malaysia pula, sambutan yang kurang hangat turut dilihat apabila seorang pengunjung @zanazlee mengirim satu gambar suasana pelancaran iPhone di salah satu cawangan Mac City semalam melalui akaun instagramnya.



Nampaknya, peminat iPhone sendiri tidak teruja dengan model keluaran terbaru ini atau kita perlu tunggu pelancaran iPhone X untuk menyaksikan kehangatan sambutan iPhone seperti tahun-tahun sebelum ini?

sumber: reuters