Kemaskini logo
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=76QvLu3Vefc[/embed]
Perubahan terbesar adalah kemaskini logo baru Google Maps yang mencerminkan evolusi yang dilakukan mereka dalam memetakan dunia. Untuk masa yang terhad, anda juga akan melihat ikon baru yang mewakili kereta anda semasa memandu.
Penambahan tab di bahagian bawah paparan skrin utama
Google juga menambah dua tab baru di bahagian bawah paparan skrin utama untuk menjadikan Maps lebih berguna. Ini bermakna, anda akan menemui tab Explore, Commute, Saved, Contribute dan Updates dengan setiap tab mempunyai fungsi yang berbeza.
Jika anda hanya mahu diarahkan ke suatu tempat, pilih tab Commute. Di bahagian Explore, anda akan menemui informasi, penarafan, ulasan dan lebih 200 juta tempat di seluruh dunia, termasuk restoran tempatan, tempat menarik dan bandar berdekatan.
Saved merupakan tempat untuk menyimpan senarai tempat yang anda ingin lawati, yang boleh dikategorikan mengikut keinginan anda.
Bagi Contribute pula, anda boleh menyumbangkan pengetahuan mengenai suatu tempat, seperti alamat, tempat yang tiada dalam Maps, ulasan perniagaan dan gambar. Seterusnya, tab Updates akan menunjukkan foto dan ulasan terkini mengenai tempat yang anda suka.
Attribute Perjalanan
Fungsi ini memberikan anda lebih banyak maklumat mengenai perkhidmatan awam, seperti suhu, orang ramai, aksesibiliti dan keselamatan. Anda juga dapat melihat keadaan perkhidmatan awam tersebut sebelum menaikinya. Sebagai contoh, jika kereta api adalah terlalu sibuk, anda mungkin boleh memilih menaiki perkhidmatan awam yang lain. Maklumat ini adalah datang daripada pengguna lepas yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.
Untuk membantu pengguna perkhidmatan awam pada masa akan datang, anda juga boleh menjawab tinjauan pendek dalam Google Maps mengenai pengalaman perjalanan anda baru-baru ini.
Sumber: Android Authority, Google Blog
Berkaitan
- Google Lancar Android 11 Developer Preview
- Pengguna Lapor Isu Kehilangan Fail Google Drive Yang Disimpan Berbulan-Bulan
- Google Bard Beri Fakta Tak Tepat, Alphabet Kerugian Lebih RM430 Bilion Nilai Pasaran
- Google Perkenal Cara Baharu Untuk Perkongsian Fail Peranti Android
- Google Dilapor Mahu Perkenal Alternatif Dolby Atmos Dan Vision
- Google Akan Gunakan HTTPS Untuk Navigasi Secara 'Default' Bermula Chrome 90
- Huawei AppGallery Kini Adalah Ketiga Terbesar Selepas Google Play Dan App Store
- Google Perkenal Android 12 Developer Preview
- Huawei Memperkenalkan Petal Maps - Aplikasi Seumpama Google Maps
- Apple, Google Akan Membuang Aplikasi Yang Mempunyai Penjejakan X-Mode