Sambungan USB Type-C Tunggal Untuk Peranti VR Generasi Akan Datang

Sambungan USB ke peranti set kepala realiti maya(VR) yang ada pada hari ini agak menjengkelkan kerana mempunyai lebih daripada satu sambungan kabel diperlukan untuk berhubung dengan PC. Namun, ia dijangka tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

VirtualLink, sebuah konsortium yang melibatkan syarikat-syarikat seperti AMD, Oculus dan Valve telah mengumumkan bahawa set VR generasi seterusnya akan dapat disambungkan ke PC dengan hanya menggunakan satu sambungan USB Type-C.

Kredit : Apple Insider


Sebagai contoh, Oculus Rift mempunyai pelbagai sambungan USB dan HDMI yang diperlukan untuk berhubung dengan komputer. Maka, ia adalah satu langkah yang disambut baik oleh pengguna set VR kerana memberikan lebih keselesaan untuk menikmati dunia maya bagi mereka.

Menurut VirtualLink, sistem baru ini bukan sahaja mempercepatkan proses memasang set VR, malah akan memboleh pengguna PC dengan port sambungan USB yang lebih terhad untuk menggunakan teknologi berkenaan.

Sumber