Sambungan Unifi Sekali Lagi Terganggu Akibat Perbuatan Vandalisme

Hampir dua minggu yang lalu, kami ada melaporkan mengenai gangguan sambungan TM unifi yang disebabkan oleh perbuatan vandalisme di Kajang. Terbaru, kejadian sama dilaporkan telah berlaku di kawasan Sibu dan Tanjung Manis, Sarawak.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan oleh pihak unifi lewat malam tadi dan pasukan teknikal telah dikerah bagi memperbaiki kabel yang dirosakkan dengan segera.

https://twitter.com/unifi/status/1070673075136417798

Bagaimanapun, pihak unifi dilihat masih belum mengirimkan sebarang perkembangan terbaru mengenai perkara ini semasa artikel ini ditulis.

Perbuatan ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia akan menyusahkan banyak pihak termasuk ribuan pengguna yang lain. Maka, diharapkan kejadian tidak bermoral ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

 

Sumber: TM Unifi

Berkaitan