Sambungan Dari Telefon Pintar Ke Komputer Lebih Mudah Dengan Microsoft Launcher

Dahulunya lebih dikenali sebagai Arrow Launcher, Microsoft kini telah melancarkan sebuah aplikasi pelancar dengan nama Microsoft Launcher yang hadir dengan antaramuka yang lebih kemas dan ringkas berbanding sebelumnya.

Tampil dengan logo baru, antara fungsi yang harus diberi tumpuan adalah Continue PC. Ia membolehkan anda menghantar serta membuka foto, dokumen Office, dan pautan web terus dari telefon ke komputer peribadi anda.



Aplikasi pelancar ini turut menyokong pelbagai gaya sentuhan termasuklah dua kali sentuh untuk kunci skrin, sapuan keatas untuk bukan app drawer dan lain-lain. Disediakan juga beberapa widget yang bakal memudahkan penggunaan anda seperti contoh, paparan aplikasi yang baru digunakan, kalendar dan berita.

Muat turun Microsoft Launcher