Saman Apple: Menuduh Qualcomm Mengamalkan Model Bisnes Tidak Sah

Sudah diketahui ramai yang Apple sekarang sedang mengalami proses menyaman Qualcomm di mahkamah California.

Apple telah menuduh Qualcomm cuba mengamalkan cara bisnes yang tidak sah semasa prosiding mahkamah.

Khususnya dalam cara Qualcomm mengenakan bayaran untuk yuran lesen bagi setiap penghasilan iPhone.

Apple berkata yang Qualcomm mengambil bayaran sehingga dua kali ganda dengan bayaran pertama untuk yuran lesen paten kerana menggunakan teknologi mereka dan kedua adalah untuk cip itu sendiri.

Apple cuba mengaitkan pertikaian itu dengan satu lagi kes berkenaan katrij mesin pencetak Lexmark yang mahkamah telah putuskan, Lexmark tidak boleh menyaman atas sebab pelanggaran paten kerana hak paten adalah termasuk sekali dengan produk sekiranya telah terjual.

Oleh sebab itu, Apple menuntut agar Qualcomm telah kehilangan hak mereka untuk mengenakan bayaran berasingan untuk yuran lesen paten.

Pertikaian antara dua syarikat gergasi itu bermula pada bulan Januari tahun ini apabila Apple telah memfailkan saman terhadap Qualcomm, menuduh syarikat semikonduktor itu mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk cip mereka.

Pihak Qualcomm pula bertindak balas dengan menyaman kontraktor pengeluaran Apple yang tidak membayar royalti kepada mereka dan cuba untuk melengahkan pembayaran sehingga kes pertikaian itu selesai.

Sumber