Baru-baru ini, pihak GSMArena membuat pengumuman bahawa saluran YouTube rasmi mereka digodam.
https://www.youtube.com/watch?v=IpjarT8PYUg&ab_channel=GSMArenaOfficial
Menurut mereka, penggodam ini agak 'bijak' kerana dia masih lagi membenarkan GSMArena memuat naik video, namun duit hasil pendapatan AdSense akan diterima oleh penggodam bukannya GSMArena.
Ini adalah kerana penggodam berjaya memintas masuk akaun Multi-Channel Network (MCN) yang menjadi perantara antara akaun YouTube dan juga Adsense.

Apa yang terjadi adalah penggodam telah mencipta satu akaun MCN yang baharu kemudiannya menghubungkan akaun AdSense dan YouTube GSMArena.
Kegiatan ini disedari oleh GSMArena pada Oktober 2020. Namun aktiviti sebenar makan duit haram ini sebenarnya telah bermula sejak November 2019.

Boleh dikatakan agak setahun jugalah pihak GSMArena bekerja secara 'percuma' akan tetapi yang menerima hasil pendapatan adalah pihak penggodam.
Pada mulanya, mereka cuba tidak membuat 'monetization' untuk tidak menyuap duit kepada penggodam. Namun disebabkan penggodam mempunyai akses penuh terhadap saluran YouTube GSMArena, senang-senang sahaja penggodam mengaktifkannya kembali.
Tambah menyedihkan pada mulanya YouTube tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada GSMArena disebabkan tidak memberikan info siapakah penggodam melalui akaun MCN asing tersebut.

Setelah berminggu berhubung dan mengemel YouTube, satu sesi sembang mereka membuahkan hasil kerana dipertemukan dengan seorang ejen yang mahu menolong mereka.
Hasilnya, pihak GSMArena atas bantuan dari ejen tersebut berjaya menjumpai akaun-akaun yang berpaut pada saluran YouTube mereka.

Kemudiannya, akaun-akaun parasit ini telah dibuang dari pautan pihak GSMArena.
Buat masa ini, pihak GSMArena masih menunggu YouTube Support untuk kembali mengaktifkan semula monetization supaya mereka boleh menjana pendapatan melalui video mereka semula.
Berita penuh di: GSMArena YouTube melalui OMG Hackers
Berkaitan
- [KEMASKINI - Maksud Sebenar Kenyataan Google] Google Boleh Sekat Akaun Anda Jika Gunakan Adblock Di YouTube
- Akibat Menipu, YouTuber Diharamkan Seumur Hidup Dari Bermain Fortnite
- Ini 5 Syarat Minimum Supaya YouTube Bayar Anda Buat Video
- PewDiePie Kepenatan, Akan Bercuti Dari YouTube Untuk Tahun 2020
- Apa Itu YouTube Signature Device Dan Apakah Kelebihannya?
- YouTube Premium Dan YouTube Music Hadir Di Malaysia Harga Bermula RM14.90 Sebulan
- YouTube Menguji Iklan Berasaskan Audio - Sasarkan Kepada Pengguna Muzik Dan Podcast
- Baby Shark Dance Pintas Despacito Sebagai Video YouTube Dengan Jumlah Tontonan Tertinggi