Salah Seorang Pengasas Apple Saran Orang Ramai Supaya Berhenti Menggunakan Facebook

Pengasas besama Apple, Steve Wozniak pada satu temubual bersama TMZ menggesa orang ramai untuk memadam akaun Facebook dan tidak meninggalkan platform media sosial popular tersebut.

Wozniak sudah berhenti menggunakan Facebook sejak tahun lalu lagi lanjutan daripada skandal privasi Cambridge Analytica yang mengutip informasi peribadi lebih daripada 87 juta pengguna Facebook. Beliau menyatakan Facebook membawa lebih banyak "negatif" berbanding "positif" kepadanya.

But to many like myself, my recommendation to most people is: You should figure out a way to get off of Facebook.” ujar Wozniak kepada TMZ.

Selain Wozniak, beberapa invidu berpengaruh dalam industri turut menyatakan perkara yang sama iaitu memadam Facebook, diantaranya adalah pengasas bersama WhatsApp, Brian Acton.

Mark Zuckerberg sebelum ini ada menyatakan berulang kali bahawa salah satu keutamaan beliau pada masa mendatang adalah membangunkan "platform sosial yang memfokuskan privasi".

 

Sumber: Digital Trends