Salah Satu Model iPhone 12 Akan Punyai Saiz Lebih Kecil Berbanding iPhone SE

Ramai antara pengguna peranti pintar menyukai saiz peranti yang kecil dan mudah digenggam. Salah satu peranti yang mempunyai saiz yang kecil adalah iPhone SE. Walau bagaimanapun, ia bukanlah peranti mercu dan masih mempunyai kekurangan dari segi teknologi skrin dan baterinya.

Jadi, untuk anda yang mahukan iPhone kecil berkuasa, anda mungkin bernasib baik kerana salah satu model dalam iPhone 12 akan mempunyai ciri-ciri sebegini. Seperti yang diketahui, tahun ini Apple akan melancarkan 4 model iPhone 12, 2 model biasa dan 2 lagi model Pro.

Model paling kecil, iaitu iPhone 12 dengan saiz 5.4 inci, dikatakan akan mempunyai saiz lebih kecil berbanding iPhone SE. Maklumat ini datangnya dari EverythingApplePro yang sebelum ini juga sudah kerap kali membawakan maklumat terbaru mengenai iPhone 12.

https://twitter.com/EveryApplePro/status/1273704440814383105

Beliau telah memuat naik satu video yang membandingkan rekaan model 3D iPhone 12 5.4 inci bersama-sama iPhone SE. Walaupun skrinnya lebih besar berbanding iPhone SE yang hanya 4.7 inci, iPhone 12 ini menggunakan paparan penuh dengan takuk kecil sedangkan iPhone SE mempunyai bezel tebal atas dan bawah.

Antara perkara lain yang boleh didapati dari video tersebut adalah iPhone 12 yang sedikit tebal berbanding iPhone SE. Jika benar, ini merupakan satu perkara yang sangat bagus kerana dengan saiz sedikit tebal, ia akan memuatkan kapasiti bateri yang lebih besar. Ditambah dengan rangkaian 5G yang menggunakan tenaga yang banyak, tidak masuk akal untuk menyertakan kapasiti bateri yang besar.

Siri iPhone akan dilancarkan sekitar September atau Oktober tahun ini. Ia dijana cip A14 5nm, paparan kadar segar semula 120Hz serta takuk yang lebih kecil berbanding siri iPhone sebelum ini. Diura-urakan juga untuk siri iPhone 12 kali ini, ia tidak akan menyertakan fon telinga Earpods kerana mahu melariskan jualan AirPods.

Sumber: EverythingApplePro

Beli iPhone di -
Lazada: https://invol.co/clpdy2

Berkaitan