Saksikan Rakaman Cyberpunk 2077 Dari Night City Wire Terbaru

Cyberpunk 2077 merupakan satu permainan yang dibangunkan CD Projekt Red dan ia adalah salah satu judul permainan yang paling dinanti-nantikan tahun ini oleh para gamer.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=10&v=c_urbl-2gV4&feature=emb_title

Hari ini, semasa episod ketiga Night City Wire, CD Projekt Red telah menayangkan video baru yang membincangkan ciri-ciri dan aspek dari Cyberpunk 2077 akan datang termasuk dunia permainan dan geng.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=jNC6MEA4rQk&feature=emb_title

Postcards from Night City adalah mengenai lokasi yang belum pernah dilihat sebelum ini dan keperibadian baru dari dunia Cyberpunk 2077. Selain itu, terdapat informasi tambahan di sebalik bandar metropolis yang lebih jelas dan berbahaya dari dunia masa depan.

https://www.youtube.com/watch?v=a7_D1qlwOp0&feature=emb_title

Gangs of Night City memaparkan beberapa kumpulan paling terkenal yang beroperasi di dalam dan di luar tembok bandar dimana pemain akan membuat perjanjian, melawan atau kedua-duanya untuk bertahan di dunia Cyberpunk 2077.

https://www.youtube.com/watch?v=YgKj-hVyHTU&feature=emb_title

Menutup episod ketiga Night City Wire adalah segmen khas yang memfokuskan pertandingan akhir modding PC Cyberpunk 2077. Ia mempamerkan ciptaan custom PC dari para peserta selain mengumumkan pemenang bagi pertandingan tersebut.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 19 November 2020 untuk platform PC, Xbox One dan PlayStation 4 serta versi Google Stadia. Tambahan lagi, ia juga akan hadir pada konsol terbaru Xbox Series X dan PlayStation 5 apabila dilancarkan nanti.