Saksikan Nokia 8 Terbaru Dengan Dual Kamera

Sebuah peranti baru Nokia mungkin akan dikeluarkan lebih awal dari yang disangka.

Sebuah video yang tertiris telah menunjukkan Nokia 8 dengan dual kamera di belakang.

Video itu menunujukkan 4 peranti Nokia walaupun ketika ini Nokia hanya menjual 3 dari 4 peranti tersebut.

Satu peranti itu pula memperlihatkan dual kamera di belakangnya.

Video itu juga menunjukkan badan telefon dengan gabungan besi dan kaca.

Di bawah peranti pula memperlihatkan port USB-C dan juga 3.5mm audio headphone jack.

Spesifikasi lain yang tertiris pula adalah paparan QHD bersaiz 5.7 inci, cip Snapdragon 835, 6 GB RAM, bateri 3,800 mAh dengan Quick Charge 4.0 dan kamera Carl Zeiss 22.6-megapiksel.

Video yang tertiris itu muncul di Vimeo sebelum dipadam, memungkinkan ia adalah yang asli dan Nokia masih ingin merahsiakannya.

Video itu pula telah dimuat naik oleh bekas pengarah seni syarikat itu menambahkan lagi spekulasi terhadap keaslian video tersebut.

Sumber