Saintis Tidak Setuju Dengan Teori Yang Mengatakan Yang Kita Hidup Di Dalam Simulasi Komputer

Anda pasti pernah melihat filem The Matrix pada permulaan Milenium yang lepas. Di dalam filem tersebut mengatakan yang kehidupan manusia hanyalah sebuah simulasi di dalam komputer.

Sehinggakan ada kertas kajian mengenainya yang dibuat oleh Nick Bostrom pada tahun 2003 di Universiti Oxford. Sejak daripada itu, beberapa saintis telah cuba menyokong teori Bostrom.

Saintis fizik telah mula membuat kiraan dan mengatakan yang ianya hampir mustahil untuk teori itu berlaku. Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Science Advances, sebuah pusat yang mempunyai kapasiti pengiraan untuk menyiasat teori berkenaan.

Kiraan mendapati untuk mensimulasi dan menyimpan data dari aspek terkecil dari dunia yang realiti memerlukan satu sistem komputer yang besar memungkinkan ianya adalah mustahil.

Debat tidak berhenti setakat ini kerana kekanganan sistem komputer sekarang yang tidak merangkumi pencapaian sistem komputer yang akan datang. Dengan komputer kuantum yang semakin menunjukkan tanda-tanda baik, mungkin sukar bagi kita untuk meramal apa yang ada di hadapan.

Apa-apa pun, teori masih tinggal teori selagi dapat belum dibuktikan.