Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Temui Spesis Bakteria Baru, Saiz 5000 Lebih Besar Daripada Biasa

Posted on Julai 1, 2022

Bakteria ini pada asalnya ditemui oleh seorang profesor biologi marin, Olivier Gros pada tahun 2009. Penemuan itu berlaku ketika beliau sedang mengkaji simbion pengoksidaan-sulfur di hutan bakau dalam Guadeloupe, Perancis.

Pada tahun 2022, sebuah jurnal saintifik telah diterbitkan yang mengkaji morfologi dan ciri genomik bakteria gergasi ini bersama dengan kitaran hidupnya. Kajian ini hasil kerjasama Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE), Institut Genom Bersama (JGI), Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley dan Makmal Kajian Sistem Kompleks (LRC).

Ciri-ciri ganjil pada bakteria ini

Bakteria ini diberi nama saintifik Thiomargarita Magnifica kerana bakteria ini termasuk dalam genus Thiomargarita dan magnus bermaksud besar dalam bahasa latin.

Single Filament of Ca. Thiomargarita Magnifica
Bakteria bersel tunggal, Ca. Thiomargarita Magnifica sepanjang 1 centimeter.

Selain itu, bakteria ini mudah dan ketara untuk dilihat pada mata kasar. Walhal, bakteria kebiasaannya sukar sekali untuk dilihat tanpa bantuan mikroskop.

Saintis yang menyelidik, Jean-Marie Volland menyatakan bakteria ini bersaiz 5,000 ribu kali ganda lebih besar daripada kebanyakan bakteria yang ditemui. Tambahan lagi, beliau berkata:

“Dalam perbandingan, ia seolah-olah seorang manusia yang berjumpa dengan manusia lain tetapi setinggi gunung Everest”

Bakteria ini juga berbentuk filamen (seperti benang) dan mencapai panjang 1 cm setakat dalam catatan penyelidikan ini. Di samping itu, majoriti bakteria mempunyai DNA yang bergerak bebas dalam sitoplasma sel mereka.

Menariknya, DNA yang tersimpan di dalam bakteria gergasi ini terjaga rapi dalam struktur yang mempunyai membran. Dan ini adalah perkara baharu, menarik, dan tidak dijangka untuk satu bakteria.

Ca. Thiomargarita Magnifica With Dime
Perbandingan saiz bakteria ini dengan sekeping duit syiling bersaiz standard.

Gambar di atas adalah hasil rendering oleh Susan Brand daripada Berkeley Lab dan menunjukkan betapa ketaranya saiz dan bentuk bakteria ini pada mata kasar manusia.

Buat pengetahuan anda, kumpulan penyelidik itu mendapati bahawa bakteria ini mempunyai genomik sel yang sungguh kompleks. Hal ini kerana, bakteria ini mempunyai gen 3 kali ganda lebih banyak daripada kebanyakan bakteria dan ratusan ribu salinan genom (polyploidy).

Hanya satu bakteria telah menimbulkan pelbagai soalan yang perlu dijawab dan diusahakan oleh kumpulan saintis ini. Kajian yang sedang dan bakal dilakukan oleh mereka terhadap spesis bakteria Ca. Thiomargarita Magnifica ini akan menjadi peluang terbaik untuk kita memahami bagaimana organisma ringkas mampu berevolusi sekompleks ini.

Sumber: SciTechDaily

Gambar Utama: SciTechDaily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress