Saintis Temui Dunia Tersembunyi Di Bawah Ais Antartika

Sekumpulan saintis telah menemui dunia baharu dan tersembunyi pada kedalaman 500 meter di bawah lapisan ais Antartika.

Penemuan yang menakjubkan ini dilakukan para saintis dari New Zealand, Universiti di Wellington, Auckland dan Otago, National Institute of Water and Atmospherics (Niwa) dan Geological and Nuclear Sciences.

Para saintis melakukan penemuan ini apabila mereka sedang menggerudi lapisan ais Antartika ketika ekspedisi kajian terhadap pencairan ais kesan daripada perubahan iklim di sana.

Hidden world of marine life found under the ice in Antarctica

Seterusnya, mereka mendapati kamera bawah laut mereka dikelilingi banyak hidupan akuatik seperti amphipod, ketam, udang galah dan lain-lain.

Shrimp-like creatures filmed beneath the ice (Credits: NIWA / Craig Stevens)

Oleh itu, para saintis tersebut meneruskan ekspedisi mereka kerana hidupan akuatik itu menandakan terdapat satu ekosistem yang penting dan belum ditemui sebelum ini di bawah sana.

Ketua projek ini, Huw Horgan adalah orang pertama yang mengesan kewujudan ekosistem akuatik ini dalam jaringan tasik dan sungai air tawar di bawah ais Antartika.

Para saintis tersebut telah memilih untuk membiarkan peralatan mereka di sungai itu untuk terus melakukan pemerhatian dan penyiasatan lanjut. Manakala, penyelidik makmal akan menyiasat keunikan air sungai yang menjadi habitat hidupan akuatik di dalam sana.

Sumber dan foto utama: The Guardian

Baca juga: