Saintis Mengkaji Penggunaan Fungus Dari Chernobyl Sebagai Pelindung Radiasi Di Angkasa Lepas

Angkasawan terdedah dengan radiasi apabila berada di angkasa lepas dan ini adalah mengapa sut mereka direka tebal. Di angkasa lepas, tiada atmosfera dan medan magnet untuk melindungi mereka seperti mana di Bumi.

Antara kaedah baharu yang sedang diteroka oleh saintis adalah untuk menggunakan fungus dari reaktor nuklear Chernobyl sebagai pelindung radiasi.

Pemilihan fungus Chernobyl berbanding fungus kawasan lain adalah disebabkan fungus di sana kekal tumbuh dan membesar walaupun dalam kawasan radioaktif yang sangat tinggi.

Bukan sahaja fungus ini mampu menyerap radioaktif, malah menggunakannya untuk menjadikan tenaga untuk diri mereka.

Idea yang diusulkan adalah angkasawan boleh mengambil sedikit sampel fungus ini dan membawanya ke misi angkasa lepas. Di sana, fungus ini boleh dibiakkan menjadi satu lapisan pelindung yang tebal untuk berlindung dari radiasi angkasa lepas.

Untuk makluman, Chernobyl di Russia merupakan antara kawasan radioaktif tertinggi di Bumi disebabkan kemalangan nuklear pada tahun 1986. Sehingga hari ini. masih terdapat lagi sisa-sisa radioaktif dan saintis menjangkakan ia tidak akan hilang walaupun berpuluh ribu tahun lamanya.

Sumber: Phys.org

Berkaitan