Saintis Menghasilkan Fabrik Yang Mengeluarkan Bau Wangi Apabila Anda Berpeluh

Lebih banyak berpeluh, lebih kuat bau wangi yang dikeluarkan.


Sekumpulan saintis dari University of Minho di Portugal telah menghasilkan kain kapas yang akan mengeluarkan bau wangi apabila ia berinteraksi dengan peluh yang keluar dari tubuh manusia.

Daripada kajian yang dijalankan itu, penyelidik menemui 2 cara modifikasi yang membolehkan kain kapas mengeluarkan bau wangi tersebut. Cara pertama adalah menggunakan protein yang diambil dari hidung khinzir bagi mengikat molekul bau dan melampirkan bahan yang dikenali sebagai molekul karbohidrat-pengikat bagi mengikat kapas.

Cara kedua pula adalah menggunakan metod yang mencampurkan lemak seperti liposome berbanding menggunakan protein khinzir bagi mengikat bau pada kain kapas.



Dalam laporan kertas penyelidikan yang diterbitkan bertajuk "Release of Fragrances from Cotton Functionalized with Carbohydrate-Binding Module Proteins" menyatakan, 2 metod tersebut bertindak secara berbeza di mana penggunaan protein dari khinzir itu akan melepaskan dengan segera bau dari fabrik kapas yang dimodifikasi.

Manakala penggunaan liposome pula akan menyebabkan udara disekeliling dibersihkan dari bau yang tidak menyenangkan secara perlahan-lahan.

Sumber: CNET

Berkaitan