Saintis Kehairanan Karat Muncul Di Bulan

Satu penyelidikan yang dijalan oleh sekumpulan saintis berkaitan keadaan bulan telah menemui kesan karat pada bulan.

Ia berdasarkan data yang diperolehi daripada misi Indian Space Research Organization's Chandrayaan-1.

"It's very puzzling. The Moon is a terrible environment for hematite to form in." Shuai Li, saintis dari University of Hawaii yang mengkaji data dari Chandryaan-1.

Walaubagaimanapun, hasil daripada kajian mereka menyimpulkan bahawa berkemungkinan terdapat 3 faktor utama yang membolehkan karat muncul dipermukaan bulan.

Oksigen

Menurut penyelidik, walaupun bulan tiada atmosfera, tetapi terdapat kesan oksigen yang boleh dijejaki dipermukaan bulan yang datang daripada bumi.

Ia berdasarkan data yang diperolehi dari Japan's Kaguya orbiter pada tahun 2007 dahulu di maan ia mengesan oksigen dari atomosfera bumi boleh bergerak melepasi atmosfera sehingga 385,00 kilometers ke bulan.

"...while the Moon lacks an atmosphere, it is in fact home to trace amounts of oxygen. The source of that oxygen: our planet" Penyelidik.

Hidrogen

Punca kedua yang menyebabkan karat dipermukaan bulan adalah kerana hidrogen. Menurut penyelidik, hidrogen sepatutnya menghalang daripada berlakunya proses pengoksidan.

Walaubagaimanapun, kesan magnet dari bumi menyebabkan kesan sebaliknya.

"...hydrogen should prevent oxidation from occurring. But Earth's magnetotail has a mediating effect. Besides ferrying oxygen to the Moon from our home planet, it also blocks over 99% of the solar wind during certain periods of the Moon's orbit (specifically, whenever it's in the full Moon phase). That opens occasional windows during the lunar cycle when rust can form." Penyelidik.

Air

Punca ketiga yang menjadi bahan kepada kewujudan karat di bulan adalah air.

Menurut penyelidik, sungguhpun sebahagian besar permukaan bulan adalah kering, tetapi masih terdapat kesan ais di permukaan bulan.

Sungguhpun begitu, kajian mendalam masih perlu dilakukan bagi menentukan sama ada faktor-faktor tersebut adalah penyebab utama karat muncul di bulan.

"I think these results indicate that there are more complex chemical processes happening in our solar system than have been previously recognized. We can understand them better by sending future missions to the Moon to test these hypotheses." Penyelidik.

Sumber: NASA