Saintis IBM Telah Memuatkan Data 330TB Dalam Satu Katrij Kecil

Kejayaan memuatkan data sebesar 330 Terabytes merupakan satu rekod dunia dan telah dicapai oleh saintis di IBM ke dalam satu katrij yang muat di tapak tangan anda.

Pita katrij yang digunakan itu mempunyai 20 kali ruang penyimpanan dari pita pemacu yang diguanakan secara komersil sekarang ini.

Pita itu telah dicipta 60 tahun lalu dan digunakan untuk menyimpan dokumen teks dan rekod penjagaan kesihatan.

Pita pertama yang dicipta IBM menggunakan gulungan setengah inci lebar yang boleh menyimpan sebanyak data 2MB.

Hasil kajian ini telah dibuat bersama Sony dan IBM bagi meningkatkan kawasan ketumpatan penyimpanan data.

Pita terbaru ini dibangunkan oleh Sony Storage Media Solutions dan menunjukkan pencapaian yang boleh dicapai dalam bidang penyimpanan data menggunakan pita.



Perkembangan ini boleh meningkatkan lagi kapasiti penyimpanan berdasarkan penyimpanan awan.