Saintis Cipta Input Komputer Dengan Sentuhan Dua Jari

Tip-Tap tidak memerlukan bateri. Hanya mengguna gelombang frekuensi radio dengan sentuhan hujung jari.


Sekumpulan ahli saintis komputer dari University of Waterloo telah berjaya membangunkan kaedah untuk mengakses komputer melalui sentuhan jari dan ia juga tidak memerlukan sebarang bateri untuk bagi mengaktifkannya.

Peranti yang dinamakan sebagai Tip-Tap itu dikategorikan sebagai peranti boleh pakai yang dihidupkan hanya dengan sentuhan 2 hujung jari menerusi sambungan gelombang frekuensi radio (RFID).

Saintis yang membangunkan peranti itu berkata, Tip-Tap boleh dipasangkan pada sarung tangan pakai buang dan akan memberi manfaat yang sangat besar dalam bidang perubatan, khususnya dalam pembedahan.

"One of the many possible applications of the device is in surgeries. What typically happens now with operation digital preplanning is that an assistant is responsible for navigating the computer and communicating with the surgeon, but this is slow and difficult". Daniel Vogel, Professor di Waterloo's David R. Cheriton School of Computer Science.

Komputer prototaip Tip-Tap tanpa bateri ini masih dalam peringkat pembangunan hasil kerjasama dengan National Research Council of Canada (NRC).

https://www.youtube.com/watch?v=arvEd1tIPh4&feature=emb_logo

Sumber: Tech Xplore

Berkaitan