Saintis Berjaya Tumbuhkan Sel-Sel Pada Badan Robot

Sekumpulan saintis daripada Universiti Oxford dan firma robotik Devanthro telah berjaya menciptakan sel-sel pada rangka robot bergerak. Pada masa ini, teknologi robotik sedang digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor terutamanya dalam kejuruteraan tisu.

Integrasi antara kedua-dua unsur ini dipanggil sebagai sistem bioreaktor. Sistem bioreaktor ini mengawal dan menghasilkan keadaan yang diperlukan sel-sel ini untuk berkembang diluar persekitaran badan manusia.

Pembangunan sistem bioreaktor ini telah bermula sejak 20 tahun lalu dalam perkembangan tisu dan sel-sel pada persekitaran luar badan manusia melalui unsur teknologi. Para saintis tersebut melakukan eksperimen dengan merangsang pertumbuhan sel-sel pada sendi bahu rangka robot.



Bahagian bahu dipilih kerana pergerakan pada sendi itu mampu meniru pergerakan yang seakan-akan manusia sebenar. Oleh itu, data dan maklumat yang terkumpul lebih tepat dan berharga.



Seterusnya, mereka membina sistem bioreaktor yang terdiri daripada rerambut filamen yang mempunyai sel-sel manusia dan dipenuhi cecair nutrisi untuk merangsang pertumbuhan. Hasilnya, mereka dapat melihat pertumbuhan sel-sel tersebut dalam tempoh sekitar 2 minggu.

Justeru, pertumbuhan sel-sel pada binaan rangka robotik bukan satu perkara yang mustahil kata para saintis tersebut. Langkah yang seterusnya adalah untuk mencari kepenggunaan dan aplikasi yang boleh memanfaatkan teknologi ini.

Sumber dan gambar: The Verge

Baca juga: