Sains & Teknologi Archives - WISER.MY https://wiser.my/sains-teknologi Laporan Teknologi & Gajet Mon, 14 Sep 2026 09:43:49 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/07/19091031/cropped-logo-3-1-32x32.png Sains & Teknologi Archives - WISER.MY https://wiser.my/sains-teknologi 32 32 118486170 Robot Humanoid XPENG Mula Berjalan Keluar Sendiri Dari Kilang https://wiser.my/robot-humanoid-xpeng-kini-mula-berjalan-keluar-sendiri-dari-kilang Mon, 14 Sep 2026 07:15:29 +0000 https://wiser.my/?p=386967 XPENG melakar sejarah baharu dalam industri robotik apabila memulakan pengeluaran robot humanoid termaju mereka, IRON. Malah, robot humanoid itu berjaya melangkah keluar dari barisan pengeluaran secara autonomi, sekali gus menandakan satu lonjakan besar daripada pembuatan prototaip R&D kepada pengeluaran di barisan pengilangan. Fasiliti pembuatan baharu ini mengintegrasikan piawaian automotif berketepatan tinggi dengan tahap automatik melebihi...

The post Robot Humanoid XPENG Mula Berjalan Keluar Sendiri Dari Kilang appeared first on WISER.MY.

]]>
XPENG melakar sejarah baharu dalam industri robotik apabila memulakan pengeluaran robot humanoid termaju mereka, IRON.

Malah, robot humanoid itu berjaya melangkah keluar dari barisan pengeluaran secara autonomi, sekali gus menandakan satu lonjakan besar daripada pembuatan prototaip R&D kepada pengeluaran di barisan pengilangan.

Fasiliti pembuatan baharu ini mengintegrasikan piawaian automotif berketepatan tinggi dengan tahap automatik melebihi 80 peratus, menjadikannya ia kilang barisan pengeluaran automatik pertama di dunia untuk robot humanoid serbaguna.

IRON direka khas menyerupai struktur fizikal manusia dengan 76 darjah kebebasan pada badan (DOF) serta 21 pada setiap tangan bagi memastikan ketangkasan pergerakan.

Dijana oleh tiga cip Turing AI yang memberikan kuasa pengkomputeran sehingga 2,250 TOPS, IRON mampu melaksanakan pelbagai tugas kompleks secara kendiri, tanpa operasi kawalan jarak jauh.

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif XPENG, He Xiaopeng, memakaikan lencana kakitangan IRON, sebagai simbol bahawa ia telah secara rasmi menjadi sebahagian daripada pasukan XPENG.

Ketua Pegawai Eksekutif XPENG, He Xiaopeng, menyifatkan perkembangan ini sebagai permulaan kategori produk baharu yang bakal berfungsi sebagai pembantu kehidupan harian. 

XPENG merancang pengeluaran IRON pada sakala besar menjelang akhir tahun 2026 ini, manakala pelancaran pasaran domestik (China) dan antarabangsa dijadualkan bermula pada tahun 2027.

{suggest}

The post Robot Humanoid XPENG Mula Berjalan Keluar Sendiri Dari Kilang appeared first on WISER.MY.

]]>
386967
Sistem Pintar Dibangunkan UTM Ini Sudah Digunakan Di Lebih 1,000 Sekolah Di Malaysia https://wiser.my/sistem-pintar-dibangunkan-utm-ini-sudah-digunakan-di-lebih-1000-sekolah-di-malaysia Mon, 14 Sep 2026 04:28:38 +0000 https://wiser.my/?p=386949 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membangunkan sistem pengurusan rondaan keselamatan pintar dikenali sebagai GuardExpert Pro (GEP) yang menggabungkan teknologi Internet Kebendaan (IoT), Kecerdasan Buatan (AI) dan komunikasi digital. Sistem ini yang dibangunkan oleh Dr. Mohd Adib Sarijari, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM bersama sepasukan penyelidik telah pun memulakan usaha membangunkan GuardExpert Pro pada...

The post Sistem Pintar Dibangunkan UTM Ini Sudah Digunakan Di Lebih 1,000 Sekolah Di Malaysia appeared first on WISER.MY.

]]>
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membangunkan sistem pengurusan rondaan keselamatan pintar dikenali sebagai GuardExpert Pro (GEP) yang menggabungkan teknologi Internet Kebendaan (IoT), Kecerdasan Buatan (AI) dan komunikasi digital.

Sistem ini yang dibangunkan oleh Dr. Mohd Adib Sarijari, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM bersama sepasukan penyelidik telah pun memulakan usaha membangunkan GuardExpert Pro pada tahun 2017 dahulu.

Inovasi ini lahir daripada cabaran rondaan konvensional yang bergantung pada laporan manual, walkie-talkie, dan buku log, yang sering menimbulkan kelewatan maklumat serta risiko operasi.

Dr. Mohd Adib Sarijari bersama salah seorang pasukan penyelidik yang bersama membangunkan GuardExpert Pro bagi membantu memperkukuh pengurusan keselamatan secara lebih cekap, bersepadu dan responsif.

Tidak terhad kepada menghasilkan satu lagi aplikasi digital, Dr. Mohd Adib Sarijari bersama pasukan penyelidik sebaliknya membangunkan satu ekosistem pengurusan rondaan keselamatan yang mampu membantu organisasi memantau operasi secara lebih bersistematik, meningkatkan keselamatan anggota di lapangan dan mempercepat penyampaian maklumat apabila berlaku sesuatu insiden.

 

“Melalui GEP, setiap anggota keselamatan memulakan rondaan dengan membawa sebuah peranti yang berfungsi sebagai alat kawalan peribadi sepanjang syif mereka. Daripada pendaftaran kehadiran sehingga selesai rondaan, semua aktiviti direkodkan secara digital tanpa perlu bergantung kepada buku log atau catatan manual,”

Antara ciri utama GEP ialah rekod rondaan automatik melalui teknologi NFC, butang kecemasan dengan lokasi GPS, serta integrasi dron untuk pemantauan kawasan sukar dicapai.

Sistem ini diuji setiap hari di kampus UTM sebagai “living lab”, membolehkan penambahbaikan berterusan sebelum dikomersialkan.

Kini,  GEP sudah digunakan oleh pasukan keselamatan UTM dalam pengurusan rondaan harian di kampus.

Malah, GEP berjaya dikomersialkan dengan hak pengkomersialan GEP disalurkan kepada Significs Technologies Sdn. Bhd., sebuah syarikat terbitan (spin-off) UTM yang bertanggungjawab membawa hasil penyelidikan universiti ke pasaran.

Hasilnya, GuardExpert Pro telah digunakan dalam operasi rondaan di Terminal Tanjung Langsat Port bagi membantu memperkukuh pemantauan keselamatan serta meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat di lapangan.

Polis Bantuan Tanjung Langsat Port kini tidak lagi perlu mengayuh jauh basikal atau berdepan isu walkie-talkie selepas GEP mempercepat penyampaian maklumat kepada pusat kawalan.

Malah kejayaan GEP ini membuka jalan ke skala nasional apabila ia turut mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana KPM mula mengintegrasikan sistem digital GEP dalam Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) sejak Oktober 2025.

Kini, sudah lebih 1,000 sekolah di seluruh negara, termasuk di kawasan pedalaman Sabah, telah pun menggunakan sistem GEP ini bagi menyokong pengurusan rondaan keselamatan, melindungi harta benda kerajaan serta membantu dalam menjaga keselamatan warga sekolah.

Dari kampus ke industri, inovasi ini sekali gus menonjolkan peranan institusi pengajian tinggi di Malaysia dalam menghubungkan ilmu, teknologi, dan mengaplikasikannya dalam dunia sebenar.

{suggest}

The post Sistem Pintar Dibangunkan UTM Ini Sudah Digunakan Di Lebih 1,000 Sekolah Di Malaysia appeared first on WISER.MY.

]]>
386949
Kajian Terkini Dakwa Kenderaan PHEV 6x Lebih Cemar Alam Berbanding Ujian Makmal https://wiser.my/kajian-terkini-dakwa-kenderaan-phev-6x-lebih-cemar-alam-berbanding-ujian-makmal Wed, 09 Sep 2026 09:11:00 +0000 https://wiser.my/?p=386513 Jika sebelum ini industri automotif sering menguar-uarkan bahawa kenderaan hibrid plug-in (PHEV) sebagai pilihan mesra alam yang menjimatkan, tetapi laporan terbaru ini mungkin agak kontroversi dan mengejutkan anda. Menurut laporan Transport & Environment (T&E), penyokong utama untuk pengangkutan & tenaga bersih Kesatuan Eropah (EU), jumlah pelepasan sebenar karbon dioksida (CO₂) oleh kenderaan PHEV ini secara...

The post Kajian Terkini Dakwa Kenderaan PHEV 6x Lebih Cemar Alam Berbanding Ujian Makmal appeared first on WISER.MY.

]]>
Jika sebelum ini industri automotif sering menguar-uarkan bahawa kenderaan hibrid plug-in (PHEV) sebagai pilihan mesra alam yang menjimatkan, tetapi laporan terbaru ini mungkin agak kontroversi dan mengejutkan anda.

Menurut laporan Transport & Environment (T&E), penyokong utama untuk pengangkutan & tenaga bersih Kesatuan Eropah (EU), jumlah pelepasan sebenar karbon dioksida (CO₂) oleh kenderaan PHEV ini secara purata adalah enam kali ganda lebih tinggi berbanding ujian makmal rasmi.

Lucien Mathieu, pengarah kereta di T&E, berkata:

“Hibrid plug-in merupakan salah satu aksi pencucian hijau (greenwashing) terhebat dalam industri automotif – dipasarkan sebagai penyelesaian hijau, namun dalam praktiknya memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Ia juga merupakan penipuan besar bagi pengguna, yang akhirnya membayar jauh lebih tinggi untuk bahan api daripada yang dijangkakan.

Dakwaan itu berdasarkan kepada data baharu 2024 yang diterbitkan oleh EU di mana didapati, jurang antara ujian makmal dengan pemanduan sebenar PHEV didapati semakin melebar sejak 2021.

Menurut data yang dikumpul daripada 220,000 kenderaan PHEV, pelepasan jumlah karbon PHEV dalam dunia sebenar secara puratanya ialah 145g CO₂ setiap km, sekali gus jauh berbeza berbanding hanya 24g setiap km dalam ujian rasmi.

Data yang dikeluarkan oleh EEA tahun lepas dan dianalisis oleh T&E.

Ekoran itu, badan ini mendesak EU mempertahankan standard mengikut prestasi pemanduan sebenar.

 

“EU mesti menolak usaha pengeluar kereta untuk melemahkan peraturan yang direka untuk merapatkan jurang antara pelepasan rasmi dan dunia sebenar dan menghentikan hibrid plug-in daripada mengira secara salah ke arah sasaran iklim.” T&E

PHEV menggabungkan bateri elektrik dengan enjin petrol atau diesel di mana ia kini menyumbang 9.8% daripada jualan kereta EU.

Pada tahun lepas, Suruhanjaya Eropah telah membuat konsesi besar kepada pengeluar kereta dengan mencadangkan untuk membenarkan jualan PHEV selepas 2035.

Isu ini bakal menjadi tumpuan utama menjelang debat dan pengundian standard  CO₂ kenderaan oleh Majlis dan Parlimen EU pada Oktober dan November ini.

{suggest}

The post Kajian Terkini Dakwa Kenderaan PHEV 6x Lebih Cemar Alam Berbanding Ujian Makmal appeared first on WISER.MY.

]]>
386513
Teknologi Baharu Pusat Data AI Didakwa Tidak Perlu Lagi Guna Air Hampir Sepenuhnya https://wiser.my/gergasi-teknologi-dakwa-pusat-data-ai-kini-lebih-jimat-air Mon, 07 Sep 2026 02:25:31 +0000 https://wiser.my/?p=386176 Pusat data kini berdepan kemarahan awam di Amerika Syarikat berhubung penggunaan bekalan air dan tenaga elektrik yang terlalu tinggi. Gergasi teknologi yang membelanjakan berbilion dolar untuk pusat-pusat data ini menyatakan bahawa isu penggunaan air sekurang-kurangnya masih boleh diatasi. Pusat data merupakan gudang yang dipenuhi pelayan komputer untuk mengendalikan perkhidmatan internet dan teknologi kecerdasan buatan (AI)...

The post Teknologi Baharu Pusat Data AI Didakwa Tidak Perlu Lagi Guna Air Hampir Sepenuhnya appeared first on WISER.MY.

]]>
Pusat data kini berdepan kemarahan awam di Amerika Syarikat berhubung penggunaan bekalan air dan tenaga elektrik yang terlalu tinggi.

Gergasi teknologi yang membelanjakan berbilion dolar untuk pusat-pusat data ini menyatakan bahawa isu penggunaan air sekurang-kurangnya masih boleh diatasi.

Pusat data merupakan gudang yang dipenuhi pelayan komputer untuk mengendalikan perkhidmatan internet dan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kian berkembang.

Suhu komputer ini boleh menjadi sangat panas, dan proses menyejukkannya memerlukan sejumlah air yang banyak.

Gergasi cip Amerika Syarikat, Nvidia, menyatakan dalam laporan bulan Jun bahawa mereka mampu menghapuskan penggunaan air hampir sepenuhnya di sesetengah fasiliti apabila menggunakan DSX, iaitu sistem terbaharu mereka bagi mereka bentuk dan mengurus pusat data AI.

Ia merupakan satu dakwaan yang berani, dan pihak industri kini berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk merealisasikannya.

Pada tahun 2025, pusat data menggunakan 222 bilion liter (59 bilion gelen) air di seluruh dunia untuk tujuan penyejukan, menurut firma rundingan Rystad Energy.

Tanpa langkah penyesuaian, angka tersebut dianggarkan boleh meningkat hampir tiga kali ganda kepada 644 bilion liter menjelang tahun 2030, mengikut anggaran Rystad.

Langkah-langkah untuk mengehadkan pertumbuhan ini bagaimanapun mampu mengekalkan ketersediaan penggunaan air di bawah paras dua kali ganda.

Kaedah baharu Nvidia menggunakan sistem penyejukan litar tertutup di mana cecair mengalir secara terus melalui pelayan, sedekat mungkin dengan cip yang suhunya boleh meningkat melebihi 80°C (176°F).

Isunya ialah “terdapat kaitan imbal balik (trade-off) yang agak jelas antara jumlah air yang digunakan dan jumlah tenaga yang diperlukan” untuk kawalan suhu, kata Andy Masley, seorang penyelidik bebas yang mengkaji bidang AI dan pusat data.

Mengurangkan penggunaan air kebiasaannya bermakna penggunaan tenaga elektrik yang lebih tinggi kerana cecair di dalam paip terkedap itu masih perlu disejukkan, selalunya dengan menghembuskan udara ke atasnya dan proses itu memerlukan tenaga elektrik.

Nvidia mengatasinya dengan membiarkan cecair masuk ke dalam pelayan pada suhu yang lebih hangat daripada biasa, iaitu pada 45°C.

Kebanyakan sistem litar tertutup lain beroperasi pada suhu sekitar 32°C pada tahun 2024, menurut Uptime Institute yang mertauliahkan pusat data.

Dengan bermula pada suhu air yang lebih hangat, Nvidia tidak perlu mempam masuk udara sejuk sepanjang tahun.

 

“Kipas mudah untuk memutarkan udara” sering kali sudah mencukupi, walaupun kadangkala gabungan pelbagai kaedah masih diperlukan, kata Josh Parker, ketua kelestarian Nvidia.

Di fasiliti yang terletak dalam iklim melampau, atau semasa gelombang haba, aliran udara sejuk atau pemeluwapan air masih tetap diperlukan.

Perhubungan Awam

Microsoft, Amazon Web Services (AWS), dan Meta memberitahu AFP bahawa mereka turut menggunakan sistem litar tertutup, yang menurut mereka tidak melibatkan sebarang kehilangan air bersih (no net water loss).

Dua gergasi pengkomputeran awan itu, yang sedang memperluaskan fasiliti pusat data gergasi mereka, menggunakan lebih banyak air secara keseluruhan antara tahun 2022 dan 2025.

Namun begitu, kecekapan penggunaan air mereka meningkat sebanyak 25 peratus di Microsoft dan 37 peratus di AWS, mengikut laporan kelestarian terkini mereka.

Walau bagaimanapun, tiada keselarasan merentasi industri dalam cara syarikat melaporkan data mengenai usaha berkaitan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG).

Syarikat SpaceX milik Elon Musk, yang kini menjadi pemain utama dalam pusat data selepas mengambil alih syarikat AI miliknya, xAI, tidak pernah menerbitkan sebarang laporan ESG.

Pada bulan Jun, agensi penarafan MSCI memberikan SpaceX skor ESG yang paling rendah.

 

“Oleh sebab kos air secara umumnya jauh lebih murah berbanding tenaga elektrik,” syarikat mempunyai kurang dorongan untuk mengurangkan penggunaan air atas faktor kos semata-mata, kata Shaolei Ren, seorang profesor kejuruteraan di University of California, Riverside.

“Memang wujud dorongan,” kata Ren, “tetapi ia lebih berkait rapat dengan perhubungan awam di tengah-tengah penentangan awam yang kian meningkat terhadap pusat data di seluruh Amerika Syarikat.”

Satu lagi halangan ialah kerja-kerja menaik taraf pusat data lama kepada teknologi baharu yang kurang menggunakan air adalah sangat mahal.

Perkara itu mungkin tidak seburuk yang disangkakan.

Pusat data lama adalah lebih kecil dan kurang berkuasa berbanding fasiliti baharu yang berskala gergasi yang sedang dibina sekarang, jadi ia memerlukan kurang penyejukan pada peringkat awal lagi, kata Minh K. Le, yang memimpin penyelidikan pusat data dan hidrogen di Rystad.

Lagipun, penggunaan air secara langsung oleh pusat data hanyalah sebahagian daripada keseluruhan gambaran.

Air turut digunakan untuk menjana tenaga elektrik yang membekalkan kuasa kepada pusat data, serta untuk mengilangkan cip dan pelayannya.

Di Amerika Syarikat, penggunaan air ‘tersembunyi’ ini boleh mencapai dua kali ganda berbanding jumlah yang digunakan oleh pusat data itu sendiri. – AFP

{suggest}

The post Teknologi Baharu Pusat Data AI Didakwa Tidak Perlu Lagi Guna Air Hampir Sepenuhnya appeared first on WISER.MY.

]]>
386176
Dyson Lancar Berus Gigi Terbina Kamera Pertama Di Dunia Berharga ~RM2,050 https://wiser.my/dyson-lancar-berus-gigi-terbina-kamera-pertama-di-dunia-berharga-rm2050 Wed, 02 Sep 2026 02:27:35 +0000 https://wiser.my/?p=385827 Dyson sekali lagi merevolusikan dunia teknologi apabila melancarkan Dyson CameraJet™, berus gigi pintar pertama di dunia terbina kamera yang turut menggabungkan pembelajaran mesin, dan dinamik bendalir berketepatan tinggi untuk meningkatkan tahap kebersihan mulut. Menurut James Dyson, pengasas dan ketua jurutera, inovasi ini bertujuan menyelesaikan tiga masalah utama dalam penjagaan oral, melihat kawasan yang sukar dicapai,...

The post Dyson Lancar Berus Gigi Terbina Kamera Pertama Di Dunia Berharga ~RM2,050 appeared first on WISER.MY.

]]>
Dyson sekali lagi merevolusikan dunia teknologi apabila melancarkan Dyson CameraJet™, berus gigi pintar pertama di dunia terbina kamera yang turut menggabungkan pembelajaran mesin, dan dinamik bendalir berketepatan tinggi untuk meningkatkan tahap kebersihan mulut.

Menurut James Dyson, pengasas dan ketua jurutera, inovasi ini bertujuan menyelesaikan tiga masalah utama dalam penjagaan oral, melihat kawasan yang sukar dicapai, meningkatkan prestasi pembersihan, dan mengekalkan kesihatan mulut secara menyeluruh.

Antara teknologi yang diterapkan dalam peranti ini termasuklah Setiap kepala berus dilengkapi dengan tag RFID sendiri, yang mengenal pasti bila ia disambungkan, berapa banyak pembersihan yang telah dilakukan dan memberi amaran kepada pengguna bila tiba masanya untuk menggantikannya.

Selama beberapa dekad, rutin penjagaan oral bergantung kepada memberus, flos, dan berkumur.

Namun, kajian menunjukkan 9 daripada 10 orang tidak melakukan flos dengan betul dan hanya memberus selama 45 saat, jauh daripada saranan dua minit.

Ruang interdental yang sering terlepas menjadi punca utama pembentukan plak, nafas berbau, dan kerosakan gigi.

Menurut Laporan Kesihatan Oral Global WHO 2025, lebih 3.7 bilion penduduk dunia terjejas oleh penyakit oral, yang kini dikaitkan dengan masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung dan Alzheimer.

CameraJet terbina kamera kanta makro 100k piksel yang dikuasakan oleh Gap Optical Targeting™, algoritma pembelajaran mesin AI Dyson. Ia mengimbas 28 imej langsung sesaat untuk mengenal pasti, menjejaki dan meramalkan jurang antara gigi dalam masa nyata.Ia juga menyokong sambungan Wi-Fi 2.4GHz dan Bluetooth, membolehkan pengguna melihat gigi mereka melalui ciri tontonan langsung dalam aplikasi MyDyson™.

Jadi, dengan CameraJet™, Dyson membawa pendekatan baharu yang menggabungkan teknologi dan sains termaju dalam penjagaan kesihatan oral setiap hari.

Berus gigi canggih Dyson CameraJet™ ini dijual pada harga $499.99 (~RM2,050) yang dijangka akan tersedia di pasaran tempatan tidak lama lagi. 

{suggest}

The post Dyson Lancar Berus Gigi Terbina Kamera Pertama Di Dunia Berharga ~RM2,050 appeared first on WISER.MY.

]]>
385827
Penyelidik Bangunkan Robot Tanpa Kaki Dengan “Kulit” Kirigami https://wiser.my/penyelidik-bangunkan-robot-tanpa-kaki-dengan-kulit-kirigami Fri, 28 Aug 2026 07:48:56 +0000 https://wiser.my/?p=385634 Sekumpulan penyelidik dari University of Southern Denmark (SDU) membangunkan robot lembut tanpa kaki yang mampu merangkak, membelok dan mengelakkan halangan dengan menggunakan gabungan otot boleh kembung serta “kulit” berasaskan kirigami. Robot yang dibangunkan pasukan SDU Soft Robotics itu mengambil inspirasi daripada cara haiwan tanpa kaki seperti cacing bergerak dengan mengubah bentuk badan sambil memanfaatkan geseran...

The post Penyelidik Bangunkan Robot Tanpa Kaki Dengan “Kulit” Kirigami appeared first on WISER.MY.

]]>
Sekumpulan penyelidik dari University of Southern Denmark (SDU) membangunkan robot lembut tanpa kaki yang mampu merangkak, membelok dan mengelakkan halangan dengan menggunakan gabungan otot boleh kembung serta “kulit” berasaskan kirigami.

Robot yang dibangunkan pasukan SDU Soft Robotics itu mengambil inspirasi daripada cara haiwan tanpa kaki seperti cacing bergerak dengan mengubah bentuk badan sambil memanfaatkan geseran pada permukaan. Kajian tersebut sebenarnya diterbitkan pada Jun 2025, namun rakaman robot berkenaan kembali mendapat perhatian di media sosial baru-baru ini.

Dari segi binaan, robot tersebut menggunakan sepasang aktuator lembut pneumatik yang boleh dikembungkan, berfungsi seperti otot tiruan. Ruang dalaman aktuator dikembung dan dikempiskan secara berulang dengan masa yang dikawal bagi menghasilkan perubahan bentuk badan dan menggerakkan robot ke hadapan.

Apa yang lebih menarik ialah bahagian luarnya dilitupi kulit fleksibel berasaskan kirigami, seni memotong dan melipat bahan yang berasal dari Jepun. Struktur ini direka supaya mempunyai tahap geseran berbeza mengikut arah, membolehkan sebahagian badan mencengkam permukaan sementara bahagian lain bergerak ke hadapan.

Menurut penyelidik, kulit kirigami itu juga mampu memanjang lebih 50% sambil menyesuaikan diri dengan perubahan bentuk badan robot.

Robot itu bukan sekadar bergerak dalam garisan lurus. Dengan menggunakan corak pergerakan badan yang tidak simetri, ia boleh membuat pusingan luas atau berpusing di tempat.

Pada bahagian hadapannya pula terdapat dua sensor jarak yang digunakan untuk mengesan halangan. Dalam ujian yang dijalankan pada permukaan kasar dan kawasan dengan beberapa halangan, maklumat daripada sensor digunakan bersama antara muka manusia-mesin bagi membantu robot menyesuaikan pergerakannya dan mengelakkan pelanggaran.

Buat masa ini, teknologi tersebut masih berada pada peringkat penyelidikan. Antara penambahbaikan yang dicadangkan termasuk menjadikannya bebas daripada sumber kuasa luaran serta melengkapkannya dengan komunikasi tanpa wayar.

Pada masa hadapan, konsep robot lembut sebegini berpotensi digunakan di kawasan sempit dan sukar dicapai, termasuk untuk operasi mencari dan menyelamat, pemantauan alam sekitar serta pemeriksaan industri.

{suggest}

The post Penyelidik Bangunkan Robot Tanpa Kaki Dengan “Kulit” Kirigami appeared first on WISER.MY.

]]>
385634
China Perkenal 3 Robot “Pandai” Memasak Di WRC 2026 https://wiser.my/china-perkenal-3-robot-pandai-memasak-di-wrc-2026 Fri, 28 Aug 2026 07:41:48 +0000 https://wiser.my/?p=385632 Sebuah syarikat China, XiangLu Robotics mencipta sejarah di Persidangan Robot Dunia (WRC) 2026 apabila memperkenalkan tiga robot baharu yang bakal mengubah landskap teknologi dapur. Robot pertama mereka yang pandai memasak dikenali sebagai CookingMuse (Chuqi) adalah model asas robot memasak pertama di dunia yang dilatih menggunakan data sebenar dari dapur. Ia membolehkan AI bukan sekadar mengikut...

The post China Perkenal 3 Robot “Pandai” Memasak Di WRC 2026 appeared first on WISER.MY.

]]>
Sebuah syarikat China, XiangLu Robotics mencipta sejarah di Persidangan Robot Dunia (WRC) 2026 apabila memperkenalkan tiga robot baharu yang bakal mengubah landskap teknologi dapur.

Robot pertama mereka yang pandai memasak dikenali sebagai CookingMuse (Chuqi) adalah model asas robot memasak pertama di dunia yang dilatih menggunakan data sebenar dari dapur.

Ia membolehkan AI bukan sekadar mengikut resipi, tetapi benar-benar memahami proses memasak.

Kedua adalah Robot Memasak 3K Vision yang dilengkapi kamera resolusi tinggi serta sistem penglihatan AI.

Robot ini dilengkapi 3 kamera industri 40 megapiksel untuk menangkap imej makanan pada 30 bingkai sesaat.

Teknologi ini membolehkan robot “melihat” perubahan dalam kuali, menilai tahap kepekatan sos, karamel dan kematangan daging, lalu membuat keputusan memasak secara masa nyata.

Hasilnya, kadar kegagalan berkurang dan kecekapan meningkat.

Robot memasak ketiga syarikat ini pula dikenali sebagai RoboCook, sistem mudah alih tanpa kru yang mampu memasak, menghidang, dan membersihkan.

Direka untuk acara, pejabat, dan ruang awam, ia membawa fleksibiliti baharu dalam penyediaan makanan.

XiangLu membentuk sistem tertutup “robot  data model — robot” di mana setiap pengalaman memasak melatih AI menjadi lebih pintar.

Dengan operasi di lebih 350 bandar di China dan 20 negara lain, syarikat ini telah melayani hampir 600 juta pelanggan.

Pengasasnya Yang Jiancheng menekankan visi global mereka di mana robot bukan sekadar memasak hidangan, tetapi memenuhi keperluan individu dan mengekalkan memori budaya makanan. 

Video | Facebook

 

{suggest}

The post China Perkenal 3 Robot “Pandai” Memasak Di WRC 2026 appeared first on WISER.MY.

]]>
385632
IJN Akan Meneroka Pembangunan Platform AI Untuk Penjagaan Kesihatan https://wiser.my/ijn-akan-meneroka-pembangunan-platform-ai-untuk-penjagaan-kesihatan Thu, 27 Aug 2026 06:42:45 +0000 https://wiser.my/?p=385482 IJN Research Sdn. Bhd., anak syarikat Institut Jantung Negara (IJN), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Singularity Connect Sdn. Bhd., sebuah kumpulan teknologi Malaysia yang menumpukan pada pembangunan, aplikasi dan pengkomersialan kecerdasan buatan merentasi pelbagai industri. MoU itu dibuat bersempena dengan National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2026 bagi memperkukuh pembangunan teknologi Agentic AI...

The post IJN Akan Meneroka Pembangunan Platform AI Untuk Penjagaan Kesihatan appeared first on WISER.MY.

]]>
IJN Research Sdn. Bhd., anak syarikat Institut Jantung Negara (IJN), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Singularity Connect Sdn. Bhd., sebuah kumpulan teknologi Malaysia yang menumpukan pada pembangunan, aplikasi dan pengkomersialan kecerdasan buatan merentasi pelbagai industri.

MoU itu dibuat bersempena dengan National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2026 bagi memperkukuh pembangunan teknologi Agentic AI dalam bidang penjagaan kesihatan.

Dari kiri: Dato’ Akmal Arief, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, IJN Holdings Sdn Bhd; YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; dan Fauzi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Singularity Connect Sdn Bhd, pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Singularity Connect dan IJN Research sempena NICE 2026.

Kerjasama ini akan menggabungkan keupayaan AI Agentic Singularity Connect dengan kepakaran klinikal, keupayaan penyelidikan dan ekosistem penjagaan kesihatan IJN Research untuk meneroka pembangunan platform AI yang berfokus pada hasil dan ditadbir secara bertanggungjawab, dengan matlamat yang lebih luas untuk menyokong kemajuan dalam penjagaan kardiovaskular dan toraks bersepadu.

 

“Melalui perkongsian ini, kami berhasrat untuk menunjukkan bagaimana Agentic AI boleh diaplikasikan secara bertanggungjawab dan praktikal untuk menyokong profesional penjagaan kesihatan, penyelidikan dan akhirnya hasil kesihatan yang lebih baik. Ia juga mencerminkan tumpuan kami yang lebih luas di Singularity Connect untuk menjadikan AI berfungsi dalam industri di mana ia boleh mencipta nilai sebenar.” Ahmad Fauzi bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Singularity Connect Sdn Bhd,

Gabungan kepakaran klinikal IJN Research dan keupayaan teknologi Singularity Connect ini dijangka akan mempercepatkan lagi inovasi dalam penyelidikan serta komersialisasi penyelesaian kesihatan bersepadu di Malaysia.

Kerjasama strategik ini menandakan langkah penting ke arah masa depan penjagaan kesihatan yang lebih pintar, bersepadu dan berpaksikan teknologi tempatan.

{suggest}

The post IJN Akan Meneroka Pembangunan Platform AI Untuk Penjagaan Kesihatan appeared first on WISER.MY.

]]>
385482
Membeli Barangan Terpakai Mampu Jimatkan 9 Juta Pokok https://wiser.my/membeli-barangan-terpakai-mampu-jimatkan-9-juta-pokok Thu, 27 Aug 2026 06:11:43 +0000 https://wiser.my/?p=385471 Tahukah anda, membeli barangan terpakai bukan sahaja lebih jimat, tapi anda juga turut membantu memulihara Bumi. Menurut laporan Kumpulan Carousell, pada tahun 2023 sahaja, pengguna Carousell telah berjaya mengelakkan 153,141 tan pelepasan karbon, hasil daripada pembelian barangan terpakai di platformnya. Laporan itu menyatakan, jumlah itu adalah setara dengan penyerapan CO₂ oleh 9 juta pokok setahun....

The post Membeli Barangan Terpakai Mampu Jimatkan 9 Juta Pokok appeared first on WISER.MY.

]]>
Tahukah anda, membeli barangan terpakai bukan sahaja lebih jimat, tapi anda juga turut membantu memulihara Bumi.

Menurut laporan Kumpulan Carousell, pada tahun 2023 sahaja, pengguna Carousell telah berjaya mengelakkan 153,141 tan pelepasan karbon, hasil daripada pembelian barangan terpakai di platformnya.

Laporan itu menyatakan, jumlah itu adalah setara dengan penyerapan CO₂ oleh 9 juta pokok setahun.

“Barangan terpakai bukan sekadar pilihan yang lebih mampu milik, ia juga adalah penyelesaian terhadap isu iklim.

Berdasarkan penilaian Life Cycle Assessment (LCA) bersama syarikat teknologi iklim dari Eropah, Vaayu, setiap transaksi barangan terpakai berjaya mengelakkan purata 14kg CO₂e, atau bersamaan dengan proses penghasilan 22 botol plastik.

Kategori seperti perabot, peralatan rumah, serta gajet teknologi mencatatkan penjimatan tertinggi, dengan tiga daripada lima pembelian berpotensi menggantikan keperluan membeli barangan baharu.

Bagi mempermudah urus niaga di platformnya, Carousell turut memperkasakan platformnya dengan teknologi AI berasaskan LLM untuk carian pintar dan saranan diperibadikan.

Malah, paparan penjimatan karbon turut diperkenalkan pada penyenaraian produk bagi menggalakkan pilihan mesra alam.

Di samping itu, Carousell  juga menerusi inisiatif gaya hidup lestari turut diperluas melalui kedai fizikal REFASH di Singapura, Hong Kong, dan Malaysia, serta kempen kesedaran oleh Mudah.my dan penanaman pokok di Indonesia melalui Laku6.

{suggest}

The post Membeli Barangan Terpakai Mampu Jimatkan 9 Juta Pokok appeared first on WISER.MY.

]]>
385471
(Video) Inilah Rupa Kilang Cip Terbesar Dunia Elon Musk, Bakal Satukan Proses Produksi Cip Di Bawah Satu Bumbung https://wiser.my/inilah-rupa-kilang-cip-terbesar-dunia-elon-musk-bakal-satukan-proses-produksi-cip-di-bawah-satu-bumbung Thu, 27 Aug 2026 05:31:08 +0000 https://wiser.my/?p=385466 SpaceX dan Tesla kini melangkah lebih jauh dengan membangunkan Terafab, sebuah fasiliti fabrikasi semikonduktor gergasi di Grimes County, Texas. Projek ini yang telah diumumkan oleh Elon Musk pada Mac lepas bakal menjadi pusat pengeluaran cip paling besar di dunia, dengan keluasan lebih 100 juta kaki persegi, menyatukan proses pembuatan, pembungkusan dan ujian cip di bawah...

The post (Video) Inilah Rupa Kilang Cip Terbesar Dunia Elon Musk, Bakal Satukan Proses Produksi Cip Di Bawah Satu Bumbung appeared first on WISER.MY.

]]>
SpaceX dan Tesla kini melangkah lebih jauh dengan membangunkan Terafab, sebuah fasiliti fabrikasi semikonduktor gergasi di Grimes County, Texas.

Projek ini yang telah diumumkan oleh Elon Musk pada Mac lepas bakal menjadi pusat pengeluaran cip paling besar di dunia, dengan keluasan lebih 100 juta kaki persegi, menyatukan proses pembuatan, pembungkusan dan ujian cip di bawah satu bumbung.

SpeceX berkata, dengan menggabungkan aspek-aspek ini dalam satu lokasi akan membolehkan penambahbaikan yang pantas dan berulang dan mempercepatkan pengiraan (compute) baharu dikerahkan.

Terafab direka untuk memenuhi permintaan pengkomputeran masa depan yang dijangka melebihi 1 terawatt, jauh melangkaui kapasiti global semasa.

Gabungan permintaan SpaceX dan Tesla untuk cip dijangka melebihi 1 terawatt (TW) komputer, yang jauh lebih besar daripada bekalan global semasa.

Cip yang dihasilkan di fasiliti serba canggih ini akan digunakan untuk AI inference, robot humanoid Optimus, kenderaan autonomi Cybercab, serta pusat data berasaskan angkasa oleh SpaceX.

Pelaburan awal yang bernilai USD16.8 bilion dari SpaceX dan Tesla sendiri dijangka akan mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan, dengan majoriti tenaga kerja direkrut dari komuniti tempatan Grimes dan Brazos County.

Selain itu, projek ini menyumbang kepada usaha Amerika Syarikat mengukuhkan kapasiti pembuatan cip domestik, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pengeluaran luar negara.

Dari segi alam sekitar, Terafab akan menggunakan sumber air dari Gibbons Creek Reservoir dan melaksanakan sistem rawatan serta kitar semula air di tapak.

Dengan visi menjadikan Texas sebagai hab teknologi global, Terafab bukan sekadar kilang cip, tetapi simbol masa depan pengkomputeran dan inovasi yang bakal mengubah landskap industri semikonduktor dunia.

{suggest}

The post (Video) Inilah Rupa Kilang Cip Terbesar Dunia Elon Musk, Bakal Satukan Proses Produksi Cip Di Bawah Satu Bumbung appeared first on WISER.MY.

]]>
385466