Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sahkan Dahulu Sesuatu Hadis Sebelum Sebar Dengan Aplikasi Semak Hadis

Sahkan Dahulu Sesuatu Hadis Sebelum Sebar Dengan Aplikasi Semak Hadis

Diterbitkan Februari 11, 2022 · Dikemas kini Februari 11, 2022 oleh ariff bukhari

Era serba canggih membolehkan semua orang berkongsikan sesuatu info dengan pantas tanpa batasan pada bila-bila masa sahaja walau dimana sahaja kita berada. Platfom-platfom media sosial dan permesejan seperti aplikasi WhatsApp antara tempat yang sering digunakan bagi menyampaikan sesuatu info.

Antara info yang paling digemari dikongsikan pengguna di media sosial adalah hadis-hadis. Secara umumnya, hadis ialah apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, perakuan mahupun sifat-sifat nabi (s.a.w).

Kesemua itu juga disebut sebagai sunnah.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kategori hadis seperti hadis sahih, hadis lemah, hadis palsu dan macam-macam lagi.

Jika hadis yang dikongsikan itu adalah hadis sahih adalah tidak mengapa. Tetapi malangnya ramai dikalangan kita yang berkongsikan sesuatu hadis tanpa mengetahui dahulu status sesuatu hadis itu sama ada sahih, lemah atau pun palsu.

Maka, bagi membolehkan anda mengetahui status sesuatu hadis itu, anda boleh menggunakan aplikasi Semak Hadis.

semak hadis 3

Aplikasi Semak Hadis membolehkan anda menyemak status sesuatu hadis itu dengan mudah. Tetapi fungsi aplikasi itu bukan setakat itu sahaja.

Ia turut menyediakan pelbagai kemudahan lain antaranya adalah Glosari hadis di mana ia menjelaskan sesebuah kategori hadis itu.

Terdapat pelbagai info hadis-hadis dijelaskan dalam aplikasi ini sekaligus mendidik kita tentang ilmu hadis.

semak hadis 1

Hasil dari semakan ke atas laman sesawang pembangun aplikasi ini, mereka menyatakan bahawa sumber rujukan mereka adalah terdiri daripada laman-laman sesawang Semakan Hadis Bahasa Arab seperti Durar Al-Sunniyyah, Al-Mawsu’ah Al-Hadithiyyah dan Hadith.

Selain itu buku-buku kajian hadis yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu atau terjemahan kitab kajian Bahasa Arab, kajian-kajian individu dari kalangan penuntut ilmu yang mendalami bidang hadis serta tesis kajian pelajar universiti dalam bidang hadis adalah sumber rujukan utama mereka sebagai usaha menghimpunkan hadis dari sumber yang dipercayai bagi rujukan umat Islam.

semak hadis 2

Dengan adanya aplikasi Semak Hadis ini sekaligus memudahkan pengguna menyemak status sesuatu hadis sama ada sahih, lemah atau pun palsu sebelum dikongsi atau disebarkan kepada umum.

Aplikasi Semak Hadis boleh dimuat turun secara percuma untuk pelbagai platfom peranti pintar  menerusi Google Play Store, Apple App Store, Huawei AppGallery dan Windows App.

Untuk info lanjut tentang aplikasi ini, anda boleh layari laman semakhadis.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY