Sah, iPhone 7 Plus Akan Hadir Dengan Kamera Dwi-Lensa & Tanpa Lubang Headphone





Apple akhirnya mengesahkan khabar angin yang mengatakan iPhone 7 akan hadir dengan kamera Dwi-Lensa dan juga tanpa lubang untuk headphone.



Apple mengesahkan perkara itu di majlis pengumuman iPhone 7 dan Apple Smart Watch 2 sebentar tadi.



Tim Cook menyifatkan iPhone 7 sebagai telefon pintar paling advance di dunia, sekata dengan iOS 10.



"Sudah tentu, sistem operasi telefon yang paling advance memerlukan telefon yang paling advance. iPhone 7.", kata Cook.


  • Antara ciri penting pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

  • iOS 10

  • Butang Home baru dengan pelbagai fungsi & ciri baru

  • Kalis air & debu

  • Kamera hadapan 7MP baru

  • Kamera hadapan 12MP baru

  • Dua kamera belakang 12 MP (iPhone 7 Plus sahaja)

  • Skrin RetinaHD

  • Speaker Stereo 

  • Cip pemprosesan baru A10 ( 2 teras + 2 teras lemah, 40% lagi laju dari cip A9)

  • Cip GPU baru 6 teras

  • Bateri 7 Plus tahan 1 jam lebih lama berbanding 6 Plus

  • Storan didatangkan dengan 32GB, 128GB dan 256GB.

  • Harga sama dengan iPhone 6 & iPhone 6 Plus




Ini beberapa foto yang berjaya dirakam.








Kamera iPhone 7






Kamera iPhone 7 Plus






















Foto yang diambil menggunakan iPhone 7 Plus




Airpods




Airpods