Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rusia vpn 2088%

Russia Saman 2 Juta Rubles Terhadap Twitch, Pinterest Dan Airbnb

Diterbitkan Julai 1, 2022 oleh ariff bukhari

Russia dilaporkan telah mengeluarkan saman terhadap 4 buah syarikat iaitu Twitch, Pinterest, Airbnb dan UPS selepas kesemua syarikat itu bertindak tidak menyimpan data peribadi pengguna mereka di dalam pelayan yang ada di negara tersebut.

Twitch, Pinterest dan Airbnb masing-masing disaman sebanyak 2 juta rubles atau bersamaan dengan RM153,600.00 (Berdasarkan kepada nilai tukaran matawang asing semasa)

Manakala UPS pula disaman sebanyak 1 juta rubles (RM76,800.00).

Jumlah saman yang Russia kenakan itu pastinya sedikit sahaja bagi 4 syarikat tersebut kerana untung tahunan yang diperolehi mereka tahun lalu sahaja adalah lebih daripada 1 bilion dolar.

Sebagai contoh, syarikat penghantar barang dan penyedia logistik UPS mencatatkan keuntungan lebih daripada 97 bilion dolar pada  tahun 2021 lalu.

Sebelum ini, Google juga pernah disaman oleh Russia dalam bulan Mei lalu iaitu sebanyak 15 juta rubles (RM1,152,000.00) kerana syarikat itu didapati berulang kali tidak mematuhi syarat penyimpanan data yang ditetapkan dalam negara tersebut.

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY