Rupa Sebenar Google Pixel XL 2 Ini Sangat Googlicious!

Wow, jika khabar angin ini benar, maka anda sedang menyaksikan wajah sebenar Google Pixel XL generasi ke-2 yang menampilkan rekaan bazel yang nipis dan skrin AMOLED infiniti dan rangka boleh dipicit seperti yang diketengahkan HTC U.

Berbeza dengan model pertama Pixel, rekaan untuk model terbaru ini tampak lebih seksi dan elegen. Khabar angin ini kami dapat melalui laman web Android Police yang hanya 80% yakin gambar yang anda sedang lihat ini adalah rupa akhir peranti ini.

Menurut mereka lagi, peranti ini dibina dengan saiz paparan skrin gergasi 6 inci pada nisbah 2:1 dengan bazel lebih nipis dan bucu bulat. Jika dilihat, Google masih mengekalkan tetapan satu kamera berbanding jenama lain yang berpusu mengeluarkan rekaan dwi-kamera.

Untuk model saiz 'S' masih tiada berita dan imej yang dikeluarkan setakat ini.

Sumber: Android Police