Rupa baru Fitbit Charge 2 dan Flex 2




Fitbit telah mengesahkan mereka akan melancarkan dua peranti mereka yang terbaru iaitu Fitbit charge dan Flex 2.










Gambar menunjukkan Fitbit Charge 2 memiliki paparan skrin yang lebih besar, Pureplus kadar denyutan dan tali yang boleh ditukar ganti. Semua ciri ciri yang diperlihatkan tidak dimasukkan oleh Charge versi yang asal sebelum ini pada tahun 2014.












The Flex 2 pula menyenaraikan ciri kalis air untuk acara renang. Ciri awal yang diketengahkan sebelum ini hanyalah ciri kalis air peluh dan hujan. Mereka juga telah menukarkan posisi punat lampu.