RuneScape Akan Hadir Ke Steam Pada Bulan Oktober

RuneScape merupakan satu permainan pelayar internet bergenre massively-multiplayer online (MMO) yang dilancarkan pada tahun 2001.

Permainan ini popular pada ketika itu kerana pemain tidak perlu memuat turun dan hanya perlu bermain menggunakan pelayar internet sahaja. Kini, ia sudah berusia 20 tahun dan pembangun permainan ini, Jagex akan membawa permainan tersebut dengan versi terkini ke platform Steam di PC.



Menurut penerbit eksekutif RuneScape, permainan di steam ini akan diberi penambahbaikan daripada versi asal termasuk pengalaman bermain, antara muka yang lebih baik dan lain-lain.

Ia boleh dimainkan secara percuma tetapi pemain akan merasai pengalaman bermain yang agak terhad dan perlu membayar keahlian sebanyak RM 33.99 sebulan untuk menikmati pengalaman lengkap serta kosmetik permainan.



Tambahan lagi, sistem keahlian ini juga bertujuan untuk meluaskan komuniti RuneScape. Bagi anda yang berminat, permainan ini boleh dimainkan melalui steam pada 14 Oktober 2020.

Selain itu, Jagex menambah lagi bahawa mereka ingin membawa permainan ini ke platform peranti pintar pada tahun hadapan.

Sumber: Jagex, Mygameon