Rumah Di Marikh? NASA Umum Tiga Rekaan Berjaya Ke Peringkat Akhir 3D-Printed Habitat Challenge

NASA melalui pertandingan 3D-Printed Habitat Challenge, telah meletakkan objektif untuk membangunkan teknologi baru dalam menghasilkan tempat tinggal menggunakan bahan asli, dengan atau tanpa bahan yang dapat dikitar semula bagi ruang angkasa seperti bulan, marikh dan lain-lain lagi.

Ia dipertandingkan pada tiga fasa, setiap satunya terdapat satu tugasan spesifik yang perlu dilaksanakan.

Sebanyak 11 pasukan bertanding terdiri daripada penyelidik dan jurutera telah memasuki fasa akhir, dimana hanya tiga rekaan 3D maya terpilih dan berkongsi hadiah $100,000 diantara mereka.

SEArch+/Apis Cor

Kapsyen: Kredit | SEArch+/Apis Cor/NASA


Kedudukan pertama diraih SEArch+/Apis Cor yang berasal dari New York menampilkan struktur dengan rekaan yang melingkarinya bersama-sama lubang untuk membenarkan cahaya masuk kedalamnya.

Zopherus

Kapsyen: Kredit | Zopherus/NASA


Tempat kedua pula dihuni oleh pasukan Zopherus yang mencadangkan tempat tinggal itu boleh dicetak menggunakan kenderaan penjelajahan angkasa.

Mars Incubator

Kapsyen: Kredit | Mars Incubator/NASA


Pasukan terakhir yang berjaya ke fasa akhir adalah Mars Incubator dengan rekaan modular dan salah satunya dikhaskan untuk tanaman.

Beberapa  faktor diambil kira dalam pemilihan seperti integriti seni bina, keberkesanan dan rekaan SEArch+/Apis Cor meraih mata tertinggi untuk kestabilan senibinanya.

Pertandingan yang telah dimulakan sejak 2015 lagi itu mengharungi cabaran akhir menghidangkan hadiah terkumpul bernilai $800,000.

Acara tersebut akan berlangsung pada 1 hingga 4 Mei akan memperlihatkan rekaan 3D maya itu dicetak dalam skala kecil dihadapan penonton dan saintis lain.

Adakah rekaan ini akan digunakan ketika mana manusia berjaya meneroka Marikh? Tiada kepastian untuk itu, tetapi ini mungkin cara NASA mencari kepakaran yang sesuai untuk menjalinkan kerjasama pada masa hadapan.

Sumber: Geek.com