Rubber Wrestling - Imbas Nostalgia Lawan Pemadam Menggunakan Telefon Pintar Anda

Imbas kembali ketika zaman sekolah rendah dahulu, pelbagai jenis barangan "diubahsuai" untuk dijadikan sebagai permainan. Antara permainan yang popular di bangku sekolah adalah lawan pemadam.

Rindu saat itu tapi segan untuk berlawan pemadam apabila sudah meningkat dewasa? Jangan risau, kini anda boleh melakukannya melalui telefon pintar anda.



"Rubber Wrestling", sebuah permainan video untuk telefon mudah alih yang dibangunkan oleh Limited Games mula ditawarkan untuk mengimbau nostalgia anda.

Menariknya, anda boleh memilih karakter pemadam yang ingin digunakan di antara lima negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dengan menekan butang refresh.

Negara-negara lain yang disediakan ialah Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Lebih seronok, anda boleh bermain menentang rakan anda menggunakan satu peranti yang sama.

Kapsyen: Ini belum dikira menang lagi ya


Hempap pemadam lawan sepenuhnya untuk memenangi permainan, namun hati-hati supaya tidak jatuh dari meja perlawanan atau anda dikira kalah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mencuba sendiri permainan ini dengan memuat turun aplikasi menerusi Google Play Store. Malangnya, ia masih belum ditawarkan bagi iOS setakat ini.