Ruangan Komen Facebook Lebih Menarik Dengan Sokongan Format GIF

Mungkin ada diantara anda yang sudah maklum dengan ciri terbaru dari Facebook.

Jika anda perasan, ruangan komen di Facebook sudah mula dibanjiri dengan komen format GIF sejak semalam.

Bersempena dengan ulangtahun ke 30 GIF, Facebook melancarkan sokongan untuk format animasi terbabit bagi semua pengguna sosial media berkenaan.

Facebook mula menguji format GIF sejak 3 bulan yang lalu, dan mereka turut memberitahu sebanyak 13 bilion GIF telah dihantar melalui Messenger.

 



Tak tahu nak guna? Tekan saja butang GIF dan pelbagai pilihan animasi akan dipaparkan.

Anda juga mencari animasi lain dengan menaip diruangan yang disediakan.
Sumber: Facebook