Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTX 4090 Dilaporkan 80% Lebih Berkuasa Daripada RTX 3090

RTX 4090 Dilaporkan 80% Lebih Berkuasa Daripada RTX 3090

Diterbitkan Ogos 2, 2022 · Dikemas kini Ogos 2, 2022 oleh Firdaus

Seorang tech leaker terkenal, kopite7kimi melaporkan kad grafik RTX 4090 mempunyai keputusan skor dalam pengujian 3DMark Time Spy Extreme (TSE) melebihi 19,000.

RTX 4090, TSE >19000

— kopite7kimi (@kopite7kimi) July 18, 2022

Jika anda keliru akan maksud dan juga makna nilai skor 19,000 daripada RTX 4090 itu, izinkan saya menjelaskannya.

Dalam perbandingan secara ringkas, RTX 3090 hanya berjaya mendapatkan skor sebanyak 10,440 sahaja dalam pengujian TSE yang sama itu.

Oleh itu, kita dapat melihat bahawa secara asasnya RTX 4090 2 kali ganda lebih berkuasa dan berprestasi berbanding abangnya, RTX 3090.

Selain itu, RTX 4090 juga 66% lebih berkuasa berbanding RTX 3090 Ti yang baharu sahaja dilancarkan pertengahan pertama tahun 2022 ini.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan prestasi yang memberangsangkan RTX 4090 ini adalah bilangan teras CUDA yang dimilikinya.

RTX 4090 dilaporkan mempunyai 16,384 teras CUDA di mana 52% lebih banyak berbanding RTX 3090 Ti. NVIDIA dijangka akan melancarkan kad grafik siri RTX 4000 ini pada suku keempat tahun ini. Sama-samalah kita menantikan kedatangan gergasi grafik ini.

Sumber: videocardz

Gambar utama: Bitcoin Miners Hashrate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY