Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
123311778_3203201999791881_2544808312351797061_n copy

‘Roh’ Mewakili Malaysia Untuk Pencalonan Anugerah OSCARS Edisi Ke-93

Diterbitkan November 4, 2020 oleh ariff bukhari

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini mengumumkan bahawa filem tempatan berjudul ‘Roh’ telah dipilih untuk mewakili Malaysia bagi pencalonan ke Anugerah Academy Oscars bagi edisi ke-93.

Filem Roh diterbitkan oleh syarikat produksi Kuman Pictures Sdn. Bhd. Filem itu dicalonkan untuk kategori International Feature Film Award.

Filem bergenre seram itu telah pun ditayangkan dalam bulan Ogos lalu. Ia mengisahkan tentang satu keluarga daif yang menetap di pinggir hutan telah didatangi oleh seorang budak perempuan yang memberi sebuah ramalan ngeri.

Filem itu ditunjangi oleh para pelakon hebat seperti Farah Ahmad, Nam Ron, Mhia Farhana, Harith Haziq, Puteri Qaseh & June Lojong.

Finas memaklumkan, Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS yang bertanggungjawab memilih filem-filem untuk mewakili filem Malaysia ke Oscar telah menerima penyertaan yang memberangsangkan dari para penggiat industri filem negara.

Sejak tahun 2004, FINAS telah mula mencalonkan satu karya filem tempatan untuk dibawa bertanding ke anugerah filem yang berprestij itu.

Setiap filem tempatan yang terpilih dinilai dari pelbagai aspek termasuklah pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, penataan seni, suntingan filem serta pematuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur OSCARS.

Anugerah Academy OSCARS ke-93 dijangka akan diadakan dalam bulan April 2021 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY