ROG Phone Mungkin Hadir Dengan Model Baharu

Asus ROG mungkin akan melancarkan peranti baharu yang lain setelah pelancaran siri ROG Phone 6 pada tahun ini. Peranti baharu itu boleh kita anggap sebagai variasi baharu bagi siri ROG Phone 6.



Pada awal minggu ini, muncul 2 model 5G yang baharu dengan nombor model ASUS_AI2203_A dan ASUS_AI2203_B di ruangan internet. Mengikut sumber, nombor model tersebut dimiliki oleh Asus ROG Phone 6D yang bakal dilancarkan nanti.

{suggest}

Selain itu, peranti tersebut dijangka akan dikuasakan cip pemprosesan Dimensity 9000+. Oleh itu, kita boleh mengagak abjad 'D' dalam nama itu berkemungkinan besar merujuk kepada cip 'Dimensity' yang digunakannya.



Setakat yang diketahui, peranti ini akan disokong dengan bateri sebesar 6,000mAh dan pengecas berkapasiti 65W. Ia juga mungkin mempunyai kamera utama 50MP Sony IMX766 dan skrin 165Hz daripada Samsung.

Bagi anda yang ingin mengetahui ulasan berkaitan ROG Phone 6 Pro, anda boleh baca di SINI.

Sumber: Gizmochina