ROG Phone 6D Ultimate Bakal Hadir Pada 19 September Ini

Pada minggu lepas, muncul khabar angin yang mengatakan ROG bakal mengeluarkan peranti baharu yang dikuasakan cip MediaTek.

{suggest}

Walau bagaimanapun, Asus ROG telah mengesahkan khabar angin tersebut di mana mereka sememangnya akan melancarkan sebuah peranti Asus ROG Phone baharu tidak lama lagi.

https://twitter.com/ASUS_ROG/status/1564191138780614657

Berdasarkan ciapan di atas, peranti baharu ROG Phone 6D Ultimate akan hadir pada 19 September ini.

Peranti tersebut dijangka menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9000+, ia juga mungkin mempunyai bateri sebesar 6,000mAh dengan pengecas berkapasiti 65W dan skrin 165Hz daripada Samsung.

Bagi anda yang ingin mengetahui ulasan berkaitan ROG Phone 6 Pro, anda boleh baca di SINI.

Sumber: ROG Global