ROG Phone 6 Akan Dilancarkan Awal Julai - Ini Apa Yang Kita Tahu

Asus telah mengesahkan tarikh pelancaran peranti generasi seterusnya ROG Phone 6 pada 5 Julai depan dalam acara pelancaran maya. Siri Asus ROG Phone merupakan peranti 'gaming' mudah alih yang paling berdaya saing dalam industri ini.

https://twitter.com/ASUS_ROG/status/1531938614526955521?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1531938614526955521%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Ftimesofindia.indiatimes.com%2Fgadgets-news%2Fasus-confirms-launch-date-of-rog-phone-6%2Farticleshow%2F91947449.cms

Acara pelancaran global siri ROG Phone 6 ini akan diadakan secara maya di Taiwan. Di samping itu, acara ini akan disiarkan juga secara langsung di atas talian pada jam 5.30pm IST (~8.00pm waktu Malaysia) pada 5 Julai nanti.

Spesifikasi ROG Phone 6 (Tidak Rasmi)


Setakat ura-ura yang didengari, ROG Phone 6 merupakan peranti pertama yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1.

Selain itu, Asus ROG Phone 6 akan menggunakan panel skrin yang dihasilkan Samsung dan menyokong kadar segar semula 165Hz berbanding 144Hz pada ROG Phone 5.

Kapsyen: Asus ROG Phone 5


Seperti ROG Phone 5, ROG Phone 6 dijangkakan datang dengan 3 variasi - ROG Phone 6, ROG Phone 6 Pro dan ROG Phone 6 Ultimate. Jangan risau kerana Asus tetap akan menawarkan cip Snapdragon 8+ Gen 1 untuk ketiga-tiga model tersebut.

Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1


Qualcomm menyatakan cip baharu Snapdragon 8+ Gen 1 ini menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU sekurang-kurangnya 10% berbanding abangnya, Snapdragon 8 Gen 1.

Tambahan lagi, cip ini mampu memberikan 30% lebih efisien dalam penggunaan tenaga. Oleh itu, kita boleh jangkakan ROG Phone 6 mampu mengurangkan masalah bateri cepat habis dan meningkatkan prestasi penggunaan bateri.

Selain pelancaran ROG Phone 6, Asus akan melancarkan beberapa produk baharu seperti aksesori dan fon kepala gaming baharu dalam acara tersebut.

Sumber: digital trends, Times of India

Baca juga: