Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 5 Rasmi Diumumkan, Ini Harga Untuk Pasaran Malaysia

ROG Phone 5 Ultimate Tiba Di Malaysia, Pra Tempah Bermula Dari 8 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 5, 2021 oleh ariff bukhari

Kepada anda yang mahukan sebuah telefon pintar “gaming” terbaik, ROG Phone 5 Ultimate adalah model yang patut menjadi pilihan anda.

Ini kerana spesifikasinya adalah berbeza dengan siri ROG Phone 5 yang diperkenalkan lebih awal tahun ini.

Sebelum ini, spesifikasi tertinggi ROG Phone 5 adalah dilengkapi dengan RAM 16GB dan storan bersaiz 256GB.

Tetapi untuk edisi ROG Phone 5 Ultimate, ia dilengkapi dengan kapasiti RAM 18GB serta storan sebesar 512GB.

Malah jika anda membuat tempahan awal telefon pintar “gaming” terbaru ini, anda akan disertakan bersama aksesori eksklusif yang bernilai RM1,099.00.

ROG Phone 5 Ultimate Tiba Di Malaysia, Pra Tempah Bermula Dari 8 Ogos Ini

ROG Phone 5 Ultimate boleh di pra tempah bermula 8 Ogos hingga 21 Ogos ini secara eksklusif melalui platfom Shopee & Lazada.

Ia ditawarkan dalam warna eksklusif Matte White pada harga RM4,999.00.

Untuk info lanjut tentang spesifikasi, sila layari laman rasmi ROG Phone 5 Ultimate.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY