Rockstar Cari Pekerja Baharu, Beri Gambaran Pembangunan Permainan GTA 6

Pembangun permainan video terkenal, Rockstar Games baru-baru ini dikesan mencari sekumpulan pekerja baru.

Menariknya, senarai pekerja yang sedang dicari merangkumi pelbagai lapisan jawatan berkaitan juruprogram sekaligus memberi gambaran bahawa ia adalah persediaan bagi sebuah projek besar.

Selepas memperkenalkan Red Dead Redemption beberapa bulan lalu, permainan yang kuat dikaitkan sebagai produk Rockstar seterusnya tidak lain dan tidak bukan, Grand Theft Auto 6(GTA 6).

Kapsyen: Dexerto


Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Rockstar mencari pekerja baru. Sebelum ini, mereka dikatakan mencari pelakon untuk watak-watak bagi permainan baru mereka.
 Baca juga: Rockstar Games Beri Gambaran GTA 6 Atau Bully 2 Sedang Dibangunkan

Selain GTA 6, Rockstar juga pernah dikaitkan dengan projek Bully 2 sebelum ini. Namun, berita mengenai permainan itu semakin jarang didengar ketika ini.

Malah, pemerhati juga tidak menolak kemungkinan untuk sebuah permainan video baru dibangunkan oleh Rockstar Games kali ini.

Akan tetapi, mereka berkemungkinan besar tidak akan memperkenalkan mana-mana permainan video baru dalam tahun ini memandangkan Red Dead Redemption 2 baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lepas.

 

Sumber: Comicbook    Dexerto