Robot Mewakili Pelajar Universiti Di Jepun Untuk Majlis Graduasi Mereka

Sebuah universiti di Jepun iaitu Business Breakthrough University (BBT University) telah menganjurkan satu majlis konvokesyennya pada 28 Mac lalu di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo.

Apa yang uniknya majlis konvokesyen tersebut adalah ia tidak dihadiri oleh para pelajar univerisiti itu sendiri. Sebaliknya para pelajar telah diwakili oleh robot khas sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen.

Penggunaan robot itu adalah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.



Robot yang mempunyai skrin itu memaparkan wajah graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan.

Wajah para pelajar yang bergraduasi itu pula dipaparkan pada robot yang mewakili mereka menerusi persidangan video dengan menggunakan aplikasi Zoom.

Robot tersebut dibangunkan oleh ANA Group yang dikenali sebagai robot “Newme”. Robot itu direka yang boleh dikustomasikan avatarnya serta boleh dikawal dari jauh.

Walaupun diwakili oleh robot, majlis garduasi universiti itu masih dijalankan mengikut tradisi seperti biasa.

Sumber: Business Insider