Robot Android Alter 3 Jadi Konduktor Muzik Pada Persembahan Orkestra

Keupayaan robot ketika ini tidak dapat disangkal lagi dengan teknologi yang semakin maju. Robot bukan sahaja dicipta dan direka untuk industri teknologi, malah pelbagai bidang telah mula mengambil bahagian untuk mencuba kegunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini.

Baru-baru ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE), terdapat sebuah robot yang menyerupai wajah manusia, lengkap dengan tangan berupaya mengambil alih tugas manusia sebagai konduktor muzik pada satu persembahan orkestra.

https://www.instagram.com/p/B8G7mdFjF8O/

Berdasarkan video yang dirakam oleh seorang komposer, Keiichiro Shibuya telah menujukkan keupayaan robot tersebut pada persembahan orkestra itu melalui akaun laman instagram beliau sendiri.

Robot yang diberi nama Android Alter 3 ini, kelihatan seperti menari-nari dan membuat gaya tangan yang lincah seperti seorang konduktor muzik meskipun ia tidak berpakaian dan tidak bertongkat. Android Alter 3 ditugaskan untuk mengawal tempo dan kelantangan muzik dalam persembahan itu. Bukan itu sahaja, robot itu juga turut sama menyanyi dalam persembahan tersebut.

Sumber : REUTERS