Rm2699 Adalah Harga Pasaran Huawei Mate 10 Di Malaysia

Malaysia merupakan antara negara terawal memasarkan peranti Mate 10 yang baru sahaja dilancarkan malam tadi. Berdasarkan pengumuman yang dibuat, 28 Oktober merupakan tarikh penawaran Huawei Mate 10 itu ke pasaran dalam negara, awal sedikit dari dua model yang lain, Mate 10 Pro serta Porsche Design.

Difahamkan bahawa, harga jualan bagi Huawei Mate 10 untuk pasaran Malaysia adalah RM 2699. sama seperti harga Mate 9 yang dijual tahun lepas. Walau bagaimanapun, harga pasaran Malaysia bagi Mate 10 Pro (mungkin sekitar RM3399) dan Porsche Design (mungkin RM 5900) masih belum dapat dipastikan lagi.

Dibawah merupakan harga jualan bagi ketiga-tiga model di Eropah dan sudah semestinya harga jualan di Malaysia akan berlainan disebabkan tukaran matawang serta cukai-cukai yang tertentu.







Sumber: Lowyat