RM 5149 - Harga Permulaan iPhone X Untuk Pasaran Malaysia

Gedung dalam talian Apple Malaysia akhirnya memaparkan harga jualan untuk pasaran tempatan bagi model ulangtahun ke-10 mereka, iPhone X.

Ditawarkan dengan dua versi storan, iaitu 64GB  dan 256GB, masing-masing akan dijual pada harga RM5149 dan RM5899. Tidak seperti keluaran terdahulu, iPhone X, tampil dengan rekaan tanpa butang Home, bingkai yang tipis serta sistem keselamatan FaceID.

Turut dilengkapi dengan cip pemproses  A11 yang menjanjikan prestasi lebih baik serta dipadankan dengan RAM 3 GB, dan juga bateri 2716mAh.

Penawaran model ini dalam pasaran Malaysia masih belum didedahkan oleh Apple. Walaupun dijual dengan harga yang tinggi, tidak mustahil ada diantara rakyat Malaysia akan berbelanja besar untuk memilikinya.

Sumber: Apple Store Malaysia